TOKYO: Dewan Rakyat Jepun menolak usul undi tidak percaya yang dikemukakan terhadap Kabinet Perdana Menteri Fumio Kishida pada Jumaat, lapor Xinhua.
Pembangkang utama Constitutional Democratic Party of Japan (CDPJ) mengusulkan usul itu, sehari selepas Kishida berkata beliau tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Rakyat dan mengadakan pilihan raya awal.
Usul itu susulan kegagalan Perdana Menteri menjelaskan mengenai pembiayaan untuk dasar-dasar penting beliau.
Dasar itu termasuk pelan perbelanjaan besar yang kontroversi oleh Jepun untuk meningkatkan keupayaan pertahanan negara serta perbelanjaan bagi menangani kadar kelahiran yang semakin menurun.
Sehari sebelum itu, Kishida berkata usul undi tidak percaya itu hanya akan menjadi perkara sia-sia dan sama sekali tidak akan menjadi sebab untuk mengadakan pilihan raya awal.
Dewan Rakyat akan bersidang sehingga Rabu depan.
Andai usul itu diluluskan, dewan itu akan dibubarkan dalam tempoh 10 hari atau semua ahli Kabinet perlu berundur mengikut perlembagaan Jepun.
Namun, seperti apa berlaku hari ini, setiap usul undi tidak percaya yang dikemukakan dalam tempoh 10 tahun lepas atau lebih di Dewan Rakyat tidak berjaya kerana dikuasai parti pemerintah Parti Demokratik Liberal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023

Pembangkang utama Constitutional Democratic Party of Japan (CDPJ) mengusulkan usul itu, sehari selepas Kishida berkata beliau tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Rakyat. - Fail/AP

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Parlimen Jepun lulus RUU pertingkat perlindungan terhadap wanita
Parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk memperkasa kebajikan dan melindungi kaum wanita yang miskin dan yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan seksual, lapor Sputnik