BANGKOK: Gabungan progresif Thailand yang diterajui Parti Move Forward menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengesahkan persetujuan membentuk bekerjasama menerusi 23 agenda sebaik kerajaan gabungan itu dibentuk.
Parti Move Forward dan tujuh parti lain - Parti Pheu Thai, Parti Thai Sang Thai, Parti Prachachart, Parti Seree Ruam Thai, Parti Pheu Thai Ruam Palang, Parti FAIR dan Parti Plung Sungkom Mai dengan gabungan 313 kerusi menandatangani MoU 23 perkara termasuk bekerjasama ke arah reformasi demokrasi dan memulihkan ekonomi.
Bagaimanapun, MoU itu tidak menyebut tentang meminda undang-undang lese majeste yang dikenali sebagai artikel 112 kanun jenayah, seperti disuarakan oleh Parti Move Forward.
MoU itu dikongsi kepada orang ramai pada hari ini yang menandakan sembilan tahun sejak tentera merampas kuasa daripada Yingluck Shinawatra pada 2014.
Pemimpin parti Move Forward dan calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat menandatangani MoU itu dengan tujuh wakil parti lain.
Semua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam memulihkan demokrasi termasuk menyegerakan penggubalan perlembagaan baharu, meluluskan Akta Kesaksamaan Perkahwinan dan menyenarai semula kanabis dalam senarai narkotiknya
Selain itu, gabungan itu akan menghapuskan monopoli dan menggalakkan persaingan yang adil dalam semua industri, seperti minuman beralkohol, membawa pembaharuan dalam perkhidmatan awam, polis, tentera, dan proses keadilan, bekerjasama dalam proses membina keamanan yang mampan di wilayah sempadan selatan, memerangi rasuah dan dadah.
Gabungan itu juga bersetuju untuk memperbaharui sistem pendidikan, memupuk kerjasama dan mekanisme domestik dan antarabangsa bagi menangani isu pencemaran dan melaksanakan inisiatif dasar luar untuk memulihkan peranan kepimpinan Thailand dalam ASEAN.
MoU itu menyatakan bahawa semua pihak hendaklah melindungi hak rakyat dan kebebasan sivil mereka serta bekerja dengan jujur dan berintegriti.
"Semua pihak hendaklah benar-benar menghormati dan menyokong satu sama lain, menggalakkan kerja berpasukan, dan menganggap kepentingan orang ramai sebagai keutamaan mereka, dan bukannya kepentingan mana-mana pihak tertentu.
"Semua pihak mempunyai hak untuk menyokong dasar tambahan selagi tidak bercanggah dengan dasar yang digariskan dalam perjanjian ini, melalui kuasa eksekutif yang dimiliki oleh menteri yang mewakili parti masing-masing dalam kerajaan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
Pemimpin parti Move Forward dan calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat (gambar) menandatangani MoU itu dengan tujuh wakil parti lain. - Gambar AP
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia curi peluang kongsi kehebatan ASEAN - PM
Malaysia terus menjadi tumpuan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland apabila diberi ruang khas menerangkan kekuatan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Kemegahan ibu kota tiada nilai jika gerai jalanan tersisih - PM
Erti sebenar perancangan bandar yang berjaya adalah ia tidak mencipta jurang antara pendudukan orang kaya dan orang miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 100 bungkus pakaian terpakai seberat 20 tan dianggar bernilai RM1 juta yang cuba diseludup ke Thailand.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.
Kondominium Thailand, pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.
Suspek pembunuh bekas ahli parlimen Kemboja di Bangkok, ditahan di Kemboja
Polis Nasional Kemboja jalankan pencarian teliti dan pada 1.50 tengah hari, 8 Jan 2025, Polis Provinsi Battambang menemukan dan menahan suspek.
Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024
China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti oleh Malaysia dan India.
Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam, padam rekod cemerlang Gajah Perang
Seawal minit kelapan, Pham Tuan Hai, menyumbat gol pertama buat pasukan pelawat untuk kedudukan 1-0 selepas dilayangkan kad kuning.