SEPASANG pengantin baharu yang digelar 'runaway bride' telah membayar baki wang bagi penganjuran majlis perkahwinan mereka di sebuah restoran di Rom, Itali.
Sebelum ini Moreno Prioretti, seorang kontraktor tempatan, dan Andrea Svenja, wanita warga Jerman, tidak dapat dikesan selepas dilaporkan tidak melunaskan baki keseluruhan berjumlah £7,000 (RM40,000) usai majlis resepsi berkenaan.
Menurut laporan Daily Mail, majlis tersebut diadakan di Ristorante La Rotonda, sebuah restoran makanan laut mewah dengan undangan 80 tetamu pada Ogos lalu.
Pihak restoran menjelaskan pasangan tersebut telah membayar wang pendahuluan berjumlah RM16,300 dan berjanji untuk melunaskan baki keseluruhan hutang usai majlis.
Namun pemilik restoran berkenaan, Enzo Fabrizi mendapati pasangan itu telah meninggalkan Itali bersama keluarga mereka ke Jerman.
Selepas menjadi buruan pihak berkuasa Itali dan Jerman, pasangan tersebut dilaporkan telah membayar baki yang dihutang kepada restoran berkenaan.
Astro Awani
Thu Oct 05 2023

Moreno Prioretti dan Andrea Svenja ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan di Ristorante La Rotonda. - Foto Twitter/@SchengenStory
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pasangan pengantin 'lari' lunas hutang jamu tetamu di restoran mewah
Pengantin lelaki seorang kontraktor tempatan mengahwini wanita Jerman, berhutang dengan restoran di Rom, Itali sebanyak RM40,000.