Menurut akitivis hidupan liar, paus berukuran 52 kaki panjang itu dilihat berenang berdekatan pantai tersebut hujung minggu lalu, namun arus kuat telah menolak mamalia itu terus ke pantai.
Pada Isnin, pihak polis Duxbury menutup kawasan pantai yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Boston.
Orang ramai disaran supaya tidak mengerumuni kawasan tersebut supaya ahli-ahli biologi marin dan pihak berkuasa menjalankan proses bedah siasat atau necropsy pada mamalia tersebut.
BACA: Kejamnya manusia! Perut paus mati terdampar di Thailand dipenuhi sampah plastik
BACA: Penduduk kampung di Kudat gempar ikan paus terdampar di pantai
