NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Isnin membenarkan penempatan pasukan keselamatan antarabangsa ke Haiti selama setahun bagi meredakan keganasan berkumpulan di negara Caribbean itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Badan yang paling berkuasa dalam PBB mengundi menyokong misi itu dengan 13 undi, dengan hanya Rusia dan China berkecuali.
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.
"Dengan tindakan ini, Majlis Keselamatan telah menyalakan cahaya harapan untuk rakyat Haiti yang menderita," menurut duta Kenya ke PBB Martin Kimani dalam satu kenyataan.
Duta Kanada Robert Rae menjelaskan penempatan itu bukanlah misi pengaman biasa.
"Ia mengenai perang kumpulan. Ini mengenai taktik kumpulan samseng, kecurian, pembunuhan, rogol, dan berurusan dengan kumpulan samseng, yang memerlukan pendekatan yang sangat berbeza."
Haiti dibelenggu oleh pertempuran kawasan antara kumpulan samseng yang menguasai 80 peratus Port-au-Prince, menurut anggaran PBB.
Sejak gempa bumi kuat pada 2010 yang mengakibatkan lebih 220,000 kematian, Haiti telah bergantung kepada bantuan pembangunan luar negara.
Menurut PBB, hampir separuh daripada 11 juta rakyat Haiti mengalami kelaparan yang teruk.
Terdapat hampir 200,000 penduduk yang hilang tempat tinggal di negara itu, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Tue Oct 03 2023

Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan. -Gambar fail/Reuters

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

AS sekali lagi veto draf resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB berhubung Gaza
AS menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.

Malaysia kecam serangan Israel, desak PBB ambil tindakan lindungi pasukan pengaman
Malaysia seru Majlis Keselamatan PBB ambil tindakan segera, tegas, dan bersepadu bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman PBB.

Kegagalan UNSC paksa Iran ambil tindakan sah dalam mempertahankan keselamatan negara
Adalah dikesali bahawa Majlis Keselamatan PBB telah gagal dalam tugas asasnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Israel gesa sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB susulan serangan Iran
Iran tidak lama lagi akan merasai akibat daripada tindakan mereka (dan) akibat itu akan menyakitkan mereka, kata Danny Danon.

Angka korban di Gaza melebihi 41,500, terbaharu 39 lagi maut diserang Israel
Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.

UNSC adakan mesyuarat tergempar berkaitan Lubnan pada Rabu
Majlis Keselamatan PBB akan bersidang dalam satu mesyuarat tergempar pada Rabu bagi membincangkan ketegangan yang semakin memuncak di Lubnan.

Najib gesa Majlis Keselamatan PBB bersikap tegas atas kekejaman Israel
PM sementara Lubnan turut menegaskan, komuniti antarabangsa juga memikul tanggungjawab untuk menghentikan serangan Israel.

AS gesa Majlis Keselamatan PBB sokong Israel
AS turut menyeru majlis itu untuk meminta Iran bertanggungjawab atas sokongannya terhadap Hezbollah.

China tegas menentang, mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
China turut memberi amaran pembunuhan Ismail Haniyeh berpotensi mencetus 'krisis lebih besar.'

Israel bersedia untuk kemungkinan waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, Gallant
Israel sedang bersedia untuk kemungkinan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant.