ISTANBUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, menggesa selaraskan langkah bagi menyekat ekonomi rejim tentera di Myanmar, susulan kadar kemiskinan dan kerosakan sistem kesihatan awam di Myanmar terus merosot dua kali ganda sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lepas.
"(Kita perlu) mengekang kepentingan ekonomi Tatmadaw khususnya, akses terhadap pendapatan dan pertukaran wang asing yang menjadi elemen penting untuk mencegah pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan," pemangku Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Nada al-Nashif, memberitahu Majlis Hak Asasi Manusia sesi ke-51 di Geneva.
Tatmadaw ialah nama rasmi angkatan tentera negara itu.
Ketika membentangkan hasil pencarian fakta di Myanmar (FFM), al-Nashif berkata pasukan PBB mendapati lebih separuh kanak-kanak tidak mendapat pendidikan selama dua tahun, lapor Agensi Anadolu.
FFM menyeru langkah bersasar terhadap entiti utama yang memudahkan akses Tatmadaw kepada mata wang asing, termasuk syarikat minyak dan gas nasional iaitu Myanma Oil and Gas Enterprise, yang menjana kira-kira 50 peratus daripada pendapatan asing negara.
Laporan itu turut mendedahkan bahawa tentera mempunyai akses terbuka kepada pertukaran asing menggunakan akaun bank di luar negara, lalu menyeru negara-negara anggota PBB untuk melaksanakan sekatan tambahan.
"Walaupun kemerosotan ekonomi, politik, kewangan dan sosial yang dramatik di negara ini, tentera terus mengutamakan operasi ketenteraan dengan meningkatkan perbelanjaan pertahanan serta mengurangkan peruntukan bajet untuk pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial," menurut laporan itu.
Kira-kira 2,299 orang, termasuk 188 kanak-kanak, telah terbunuh sejak Tatmadaw melancarkan rampasan kuasa pada tahun lepas.
Sementara itu, hampir 30,000 bangunan, termasuk perkampungan, sekolah, gereja dan tempat ibadat serta objek dilindungi telah dibakar dan dimusnahkan.
"Kami menggesa semua perniagaan yang aktif di Myanmar atau menjana pendapatan dari negara itu untuk mengambil langkah yang perlu demi memastikan operasi mereka tidak memberi manfaat ekonomi kepada tentera," menurut laporan PBB itu.
Bagaimanapun, ia menyeru syarikat yang menghentikan pelaburan atau memisahkan diri daripada rantaian bekalan di Myanmar supaya mengambil "langkah bertanggungjawab melindungi kepentingan pekerja dan pengguna."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Pasukan PBB mendapati lebih separuh kanak-kanak di Myanmar tidak mendapat pendidikan selama dua tahun. - Reuters
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.
Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev
Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa.
Serangan terhadap hospital di Gaza berpotensi jadi jenayah perang - PBB
Menyerang hospital dan tempat rawatan bagi yang sakit dan cedera secara sengaja selagi ia bukan sasaran ketenteraan adalah jenayah perang.
Lebih 115,000 rakyat Syria kembali ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad - PBB
Lebih 115,000 rakyat Syria pulang ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pegawai PBB: Israel tolak lebih 140 permohonan akses ke utara Gaza
Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi OCHA, Jonathan Whittall, pada Selasa.
PBB kecam operasi ketenteraan Israel sasarkan hospital di Gaza
PBB menegaskan pendirian dengan mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam, termasuk hospital.