TRENTON (KANADA): Pengasas bersama masjid Bandaraya Quebec tempat enam jemaah terbunuh dalam insiden tembakan maut pada 2017, pada Khamis menggesa penggubal undang-undang Kanada supaya memperketat dan meluluskan rang undang-undang senjata api yang dicadangkan, lapor Agensi Anadolu.
Boufeldja Benabdallah berkata RUU C-21 wajar menyertakan larangan ke atas senjata serbu (assault rifle) separa automatik "yang tidak munasabah digunakan untuk memburu. Kita tidak perlukan senjata perang."
Pada 29 Jan 2017, Alexandre Bissonnette datang ke Pusat Kebudayaan Islam Bandaraya Quebec ketika solat magrib berakhir. Dia cuba melepaskan rentetan peluru menggunakan senapang serbu .223 separa automatik namun tersekat, lalu mencapai pistol separa automatik Glock 9 mm miliknya.
Dalam masa kurang daripada dua minit, dia membunuh enam jemaah dan mencederakan 19 yang lain termasuk lima parah. Ia merupakan insiden terburuk dalam premis keagamaan dalam sejarah Kanada.
Kerajaan Liberal Perdana Menteri Justin Trudeau akhirnya mengharamkan kira-kira 1,500 jenis senjata api pada Mei 2020. Kerajaan berkata senjata itu, termasuk AR-15 (senapang paling popular di Amerika) dan Ruger Mini-14, tidak diperlukan untuk memburu.
Ketika Benabdallah hadir di hadapan jawatankuasa keselamatan awam Dewan Perwakilan yang mengkaji RUU C-21 pada Jumaat, beliau berkata Menteri Keselamatan Awam Marco Mendicino memberi jaminan kepadanya sebelum ini bahawa pindaan untuk mentakrif dengan jelas serta pengharaman senjata serbu akan dilaksanakan.
"Kerajaan perlu melakukannya, dan saya yakin kerana kami sudah membincangkannya secara lisan dengan Encik Mendicino ketika beliau berkunjung ke masjid," katanya.
Rang undang-undang itu juga akan mengharamkan pembelian, penjualan, import dan pemindahan pemilikan pistol di Kanada.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022
Dalam masa kurang daripada dua minit, Alexandre Bissonnette membunuh enam jemaah dan mencederakan 19 yang lain termasuk lima parah. - Foto REUTERS
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Pegawai masjid Quebec City lokasi 6 jemaah mati ditembak, gesa undang-undang senjata api dilaksana
Pengasas bersama masjid Bandaraya Quebec tempat enam jemaah terbunuh dalam insiden tembakan maut pada 2017, menggesa penggubal undang-undang Kanada supaya memperketat undang-undang senjata api.
Dua parah ditembak ketika halang cubaan bakar masjid di Perancis
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengutuk serangan tersebut dan berjanji memberikan perlindungan sewajarnya kepada masyarakat Islam di situ.