SEORANG pegawai penjara di Chennai, India digantung kerja selepas rakaman videonya menari dalam sebuah perarakan menjadi viral di media sosial.
Pegawai yang hanya dikenali sebagai Sankaran oleh media tempatan membuat persembahan untuk rakan-rakan di sebuah bilik ketika mereka sedang menunggu untuk mengambil bahagian dalam perarakan.
Sankaran, 58 tahun, dan rakan sekerjanya dari Penjara Pusat Salem di Tamil Nadu, dikatakan menyertai perarakan di Chennai, sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Republik India.
Tetapi malangnya, video ini telah disebarkan secara meluas di YouTube, WhatsApp dan Facebook, sehingga dia menjadi popoular sekelip mata.
Malah, rakaman video itu turut mendapat perhatian netizen sehingga pihak berkuasa bertindak menyoal siasat Sankaran atas tindakannya yang kurang sopan.
Susulan itu, Sankaran bakal digantung kerja kerana dikatakan telah memberikan nama buruk kepada jabatan penjara.
Perkara itu juga telah disahkan Gabenor Penjara, M Senthil Kumar.
"Saya boleh mengesahkan bahawa pegawai ini telah diberikan notis penggantungan," katanya kepada media tempatan.
Kohilah Sekaran
Fri Feb 12 2016
Seseorang pegawai penjara di Chennai, India digantung kerja selepas rakaman videonya menari dalam sebuah perarakan menjadi viral di media sosial. - Foto Youtube
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
Puluhan negara ikrar sokongan padu terhadap ICC
Sebanyak 79 negara tegaskan sokongan berterusan terhadap ICC, menegaskan peranan pentingnya dalam keadilan antarabangsa selepas sekatan ekonomi dan perjalanan yang dikenakan oleh Trump.
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Presiden ICC Tomoko Akane kutuk sekatan AS yang mengancam kebebasan mahkamah dan keadilan global. Tindakan itu sebagai bantahan terhadap waran tangkap Netanyahu.
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Hamas akan bebaskan tiga tebusan Israel pada Sabtu sebagai pertukaran dengan 183 banduan Palestin. Kumpulan itu menuduh Israel melanggar gencatan senjata dan menahan bantuan kemanusiaan.
Pegawai penjara digantung kerja selepas video menarinya viral
Seseorang pegawai penjara di Chennai, India digantung kerja selepas rakaman video dia menari ketika perarakan menjadi viral di media sosial.