THE HAGUE: Peguam Perancis Gilles Devers, yang terkenal kerana pembelaannya terhadap mangsa Palestin di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), berkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarkan ke atas pihak berkuasa Israel.
Devers yang diiringi pasukan peguamnya, bertemu di The Hague untuk berunding dengan Pejabat Pendakwa ICC dan Pejabat Mangsa, lapor Agensi Anadolu.
Bercakap kepada Agensi Anadolu, Devers berkata Pejabat Pendakwa mempunyai bukti yang mencukupi untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pegawai Israel, memetik syak wasangka yang munasabah yang disokong bukti kukuh.
Pelbagai bukti telah dikemukakan kepada ICC termasuk dokumen yang memperincikan serangan tanpa henti tentera Israel ke atas orang awam di Gaza, sasaran yang disengajakan terhadap infrastruktur penjagaan kesihatan dan pemindahan hampir 2 juta orang.
Devers menekankan mengenai penghujahan komprehensif mereka yang terdiri daripada 1,800 halaman, dengan rujukan khusus kepada laporan daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau menekankan mengenai penderitaan yang dialami orang awam yang dikepung oleh tentera Israel di Gaza, selain ancaman kebuluran.
Devers yang menunjukkan skala korban yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam konflik, turut mengecam kemusnahan sistem bekalan air dan elektrik yang penting selain keruntuhan maruah manusia.
Beliau berkata Israel melaksanakan taktik untuk mengosongkan Gaza menerusi serangan yang disengajakan ke atas orang awam, termasuk kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya.
"Tidak pernah ada begitu banyak korban dalam mana-mana peperangan sebelum ini, satu-satunya peperangan yang saya lihat di mana kanak-kanak diserang. Ia telah menjadi tempat penggunaan senjata paling berat di kawasan bandar dan serangan dilakukan ke atas kanak-kanak, bayi baru lahir, orang tua, orang sakit dan kini turut melibatkan orang mati. Apabila tanah perkuburan dimusnahkan, mesejnya mudah: 'Kamu tidak lagi boleh hidup di sini. Keluar!'"
Berdasarkan semua bukti ini, Devers mahu ICC mengambil langkah perlu, dengan berkata: "Kami menjangkakan keputusan tegas daripada pihak pendakwa."
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas telah meningkat kepada 25,900, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung, pada Khamis.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata 64,110 yang lain cedera.
Menurut PBB, kira-kira 85 peratus daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal akibat serangan itu dan terputus bekalan makanan. Beratus ribu penduduk hidup tanpa tempat perlindungan, dan kurang daripada separuh trak bantuan memasuki wilayah itu berbanding sebelum konflik bermula.
Sementara itu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusan yang ditunggu-tunggu pada Jumaat terhadap tuntutan Afrika Selatan untuk mendapatkan perintah sementara dalam kes genosidnya terhadap Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024

Pelbagai bukti telah dikemukakan kepada ICC termasuk dokumen yang memperincikan serangan tanpa henti tentera Israel ke atas orang awam di Gaza. - Gambar fail/AP

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel
Peguam Perancis Gilles Deversberkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarka n ke atas pihak berkuasa Israel.