BANGKOK: Pejabat Ombudsman Thailand menghantar petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan untuk menangguhkan undian memilih perdana menteri baharu pada Khamis sehingga ia memutuskan kesahihan undi Parlimen yang menafikan pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat.
Setiausaha Agung Ombudsman, Keirov Kritteranon berkata pejabat itu menerima 17 petisyen yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan orang ramai terhadap resolusi Parlimen pada Khamis lalu.
Beliau berkata ketiga-tiga ombudsman sebulat suara bersetuju bahawa 17 petisyen itu memenuhi semua kriteria untuk diserahkan kepada Mahkamah Perlembagaan.
"Pejabat meminta mahkamah menangguhkan pengundian Khamis ini sehingga ia membuat keputusan mengenai petisyen itu," katanya.
Pejabat Ombudsman ialah sebuah agensi kerajaan bebas yang menyiasat aduan rakyat terhadap agensi kerajaan.
Keirov berkata Ahli Parlimen yang mengundi untuk menyekat Pita daripada dicalonkan semula melanggar hak dan kebebasan pempetisyen.
"Mahkamah Perlembagaan mempunyai kuasa untuk mengawal Parlimen bagi memastikan ia tidak melanggar hak rakyat," katanya.
Khamis lalu, Parlimen menolak pencalonan Pita sebagai calon perdana menteri, berikutan bidaan pertamanya pada 13 Julai gagal memperoleh sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai perdana menteri baharu Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Pejabat Ombudsman Thailand menerima 17 petisyen yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan orang ramai terhadap resolusi Parlimen pada Khamis lalu. - Gambar fail/Reuters

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pejabat Ombudsman Thailand hantar petisyen ke Mahkamah Perlembagaan tangguh undian PM baharu
Pejabat itu menerima 17 petisyen yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan orang ramai terhadap resolusi Parlimen pada Khamis lalu.