PATTANI: Seorang pesakit mental menembak mati seorang pelajar perempuan dalam satu kejadian di pekarangan sebuah masjid di Pattani, Thailand.
Ketua Polis Daerah Muang Kolonel Jefferi Saimankul berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat, apabila suspek seorang penolong ketua kampung berusia 49 tahun, melepaskan tembakan ke arah mangsa yang sedang berbual dengan ibunya, di depan sebuah masjid di Mueang Pattani.
Beliau berkata suspek yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda telah melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.
Mangsa yang berusia 14 tahun itu merupakan pelajar perempuan sebuah sekolah agama swasta.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian belakang dan dada serta disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan pacuan empat rodanya berjaya dikesan bersembunyi di sebuah rumah saudaranya. Selepas dua jam dipujuk, suspek menyerah diri.
"Berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa, polis mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental yang sedang mendapatkan rawatan dengan mengambil ubat disarankan doktor," katanya kepada Bernama hari ini.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan pada Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

Kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dinaiki suspek ketika melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa. -FB Tuwaedaniya Meringing

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Lelaki alami gangguan mental ceroboh masjid
Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental dilaporkan menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi Rabu.

Alasan sakit mental lepas buat jenayah, KKM teliti solusi perundangan - Dr Dzulkefly
Masih terlalu awal untuk Kementerian Kesihatan meminda perundangan membabitkan kes jenayah dilakukan oleh pesakit mengalami masalah mental.

Lelaki pecah cermin di hospital, tertekan akibat gagal lihat jenazah ahli keluarga
Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh menerima satu panggilan awam daripada Hospital Sungai Buloh pada 12 tengah malam memaklumkan kejadian itu.

'Hantu' sergah pengguna jalan raya akhirnya dicekup
Wanita berusia 31 tahun itu ditahan oleh unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Setia Indah, sekitar jam 10.51 malam hasil maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Warga Singapura mohon maaf kepada Agong
Warga Singapura itu diperintah membayar denda keseluruhan berjumlah RM30,000 setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan.

Dengar luahan bantu pesakit mental teruskan kehidupan - Pakar
Masyarakat perlu menghormati perasaan individu yang mengalami tekanan perasaan dengan mendengar luahan tanpa prasangka atau memandang remeh masalah mereka.

Pesakit mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang
Pengarah Hospital Selayang berkata, pesakit berusia 32 tahun itu dimasukkan ke wad 9D susulan pengambilan ubat berlebihan.

Golongan LGBT bukan pesakit mental
Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dikategorikan sebagai pesakit mental.

Pelajar perempuan maut ditembak pesakit mental di pekarangan masjid
Suspek yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda telah melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

Gagal dapatkan rawatan awal, hanya 70-80 peratus pesakit mental pulih
Kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut.