JAKARTA: Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad selepas pertubuhan kemanusiaan menuntut agar mereka dibenarkan mendarat selepas terkandas di lautan selama sebulan, lapor dpa.
Agensi berita Antara melaporkan bahawa 57 lelaki Rohingya tiba di pesisir pantai Aceh dan sebahagian daripada mereka dilaporkan sakit.
Bagaimanapun, tiada laporan mengenai pelarian wanita atau kanak-kanak.
Ketua polis tempatan Rolly Yuiza Away berkata pihak berkuasa masih belum memutuskan sebarang tindakan terhadap pelarian itu, lapor portal berita Detik.com.
UNHCR pada Jumaat mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan serantau menyelamatkan sekurang-kurangnya 190 pelarian Rohingya yang hanyut di antara Laut Andaman dan Teluk Benggala.
Mereka berada di dalam kapal dengan berbekalkan makanan dan air yang sangat sedikit dan 20 orang dilaporkan maut ketika dalam perjalanan, menurut UNHCR.
"Sangat menyedihkan apabila mengetahui bahawa ramai orang telah kehilangan nyawa mereka termasuk kanak-kanak.
"Tahun ini turut menyaksikan jumlah korban antara yang tertinggi di rantau ini," kata Pengarah UNHCR untuk Asia dan Pasifik, Indrika Ratwatte dalam satu kenyataan.
--BERNAMA
TAG: Pelarian Rohingya, Indonesia, aceh
Bernama
Sun Dec 25 2022

Mereka berada di dalam kapal dengan berbekalkan makanan dan air yang sangat sedikit dan 20 orang dilaporkan maut ketika dalam perjalanan, menurut UNHCR. - Gambar hiasan

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.

Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.

Perutusan Aidilfitri: Setiausaha Agung OIC gesa tamatkan pencerobohan maut Israel di Gaza
Taha menekankan penderitaan umat Islam di zon konflik di seluruh dunia, khususnya rakyat Palestin di Gaza yang berdepan pencerobohan kejam oleh tentera Israel.

Kumpulan pelajar Indonesia serbu pusat penempatan Rohingya
Kumpulan pelajar tersebut dilihat berlari ke ruang bawah bangunan yang menempatkan kumpulan pelarian itu.

Pelarian Rohingya buang nasi dibekalkan penduduk Aceh
Kawasan pantai yang sebelum ini bersih dipenuhi sampah sarap dan plastik makanan yang dibuang merata-rata oleh pelarian Rohingya.

Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
![[KOLUMNIS] Ambil kisah juga perjuangan pelarian selain Palestin, Mr PM10 [KOLUMNIS] Ambil kisah juga perjuangan pelarian selain Palestin, Mr PM10](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672501228_kanakkanakpelaria.jpg)
[KOLUMNIS] Ambil kisah juga perjuangan pelarian selain Palestin, Mr PM10
Ada nada ria kalangan lebih 200,000 pelarian di Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pegawai PBB lawat Bangladesh, nilai situasi hak asasi, keadaan pelarian Rohingya
Kunjungan itu ialah lawatan rasmi pertama oleh ketua hak asasi manusia PBB ke Bangladesh, sebuah negara yang mempunyai populasi penduduk melebihi 165 juta.

Pelarian Rohingya: Pendekatan Malaysia berasaskan kemanusiaan
Selepas satu tempoh tamat, pelarian terbabit boleh dihantar bekerja di negara-negara maju yang memerlukan tenaga mahir.

Bot bawa 31 PATI Rohingya ditahan di perairan Langkawi
Bot itu memuatkan 18 pelarian dewasa lelaki, sembilan dewasa wanita dan empat kanak-kanak.