PELAWAK terkenal Amerika Syarikat, Tou Ger Xiong ditemui meninggal dunia pada 11 Disember lalu di Medellin, Colombia.
Ger Xiong yang juga seorang aktivis dilapor berkunjung ke Medellin pada 29 November lalu untuk bertemu seorang wanita yang dikenalinya secara dalam talian.
Namun pelarian Laos berusia 50 tahun tersebut tidak dapat dihubungi sebelum abangnya, Eh Xiong memaklumkan kehilangan lelaki tersebut kepada pihak berkuasa, lapor Vice News.
Menurut abangnya, pelawak tersebut menghubunginya dan meminta wang sebanyak AS$2,000 (RM9,400).
Dia mengirimkan wang namun tidak mendapat respons daripada Ger Xiong dan mengambil keputusan menghubungi rakan sebilik adiknya.
Rakannya memaklumkan menerima panggilan telefon dari Ger Xiong yang mendakwa diugut dengan pistol yang diacukan kepadanya.
Selepas kehilangan Ger Xiong dilaporkan, pihak berkuasa tempatan menjalankan pencarian sebelum menemui mayat pelawak tersebut di tepi gaung dengan beberapa kesan tikaman pada seluruh badannya.
Mangsa dipercayai diperdaya oleh penjenayah yang menyamar dalam aplikasi cari jodoh dalam talian dan dirompak lalu dibunuh selepas cuba melarikan diri. -Gempak
Gempak
Fri Dec 15 2023

Ger Xiong berkunjung ke Medellin pada 29 November lalu untuk bertemu seorang wanita yang dikenali secara dalam talian. -Gempak

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pelawak dibunuh selepas bertemu 'teman wanita dalam talian'
Pihak berkuasa tempatan menjalankan pencarian sebelum menemui mayat pelawak tersebut di tepi gaung dengan beberapa kesan tikaman pada seluruh badannya.