KUALA LUMPUR: Jepun mula menyalurkan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi ke laut pada tengah hari Khamis (waktu Malaysia, 24 Ogos), dan akan memantau tahap radioaktiviti di laut dan persekitaran bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Setiausaha Pertama kedutaan Jepun di Malaysia, Yosuke Kurotani berkata dengan penglibatan berterusan IAEA dari sudut pandangan bebas, Jepun dan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) terus komited untuk memastikan pengaliran yang selamat.
"Selepas bermulanya pelepasan ke laut, Jepun akan terus menjalankan tiga jenis pemantauan iaitu pemantauan air terawat dalam tangki, pemantauan secara langsung, dan pemantauan kawasan laut.
"Jika berlaku sebarang kejadian, seperti tahap radioaktiviti melebihi piawaian, langkah yang sewajarnya termasuk menghentikan pengaliran atau menangguhkan operasi akan diambil.
"Tambahan pula, hasil pemantauan oleh kerajaan Jepun dan TEPCO akan diumumkan kepada masyarakat tempatan dan komuniti global. Kami akan terus berusaha untuk memastikan pembuangan yang selamat, dengan penyertaan IAEA yang berterusan, termasuk hasil tinjauannya."
Kurotani memberitahu Bernama ketika ditanya mengenai persiapan yang sedang berlangsung di loji kuasa Fukushima, pada Khamis akan mengalirkan lebih 1.33 juta meter padu air terawat yang telah terkumpul di tapak itu sejak bencana nuklear pada 2011 berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami Tohoku.
Kurotani menekankan keputusan pelepasan air terawat berkenaan dibuat berdasarkan proses pengesahan teknikal, serta memantau keadaan cuaca dan laut semasa pembuangan air sisa.
"Secara khususnya, apabila mengalirkan air terawat sistem pemprosesan cecair maju (ALPS) ke dalam laut, ia telah disahkan bahawa bahan radioaktif selain tritium berada di bawah piawaian kawal selia sebelum dialirkan, dan hanya tritium yang memenuhi piawaian kawal selia yang akan dibuang ke laut.
"Bagaimanapun, ia akan mengambil masa kira-kira dua hari untuk mengesahkan keselamatan terakhir. Di samping itu, jika tiada masalah berkaitan cuaca dan keadaan laut, air akan dialirkan ke laut pada 24 Ogos," katanya.
Kurotani berkata bahawa pelepasan sisa air itu akan dijalankan oleh TEPCO dengan semua kakitangan IAEA sudah berada di stesen kuasa Fukushima TEPCO.
Komuniti global boleh menyemak dan mengikuti kemas kini terkini mengenai peristiwa bersejarah ini melalui laman sesawang rasmi TEPSO, https://www.tepco.co.jp/en/decommission/progress/watertreatment/index-e.html.
Media antarabangsa melaporkan bahawa kerajaan Jepun telah menyatakan bahawa pelepasan sisa air ini adalah langkah yang perlu untuk penyahtauliahan loji kuasa itu, yang terletak di pantai timur negara itu, kira-kira 220km (137 batu) di timur laut ibu negara Tokyo.
Jepun telah mengumpul dan menyimpan air tercemar dalam tangki selama lebih dari satu dekad, tetapi ruang semakin berkurangan, menurut laporan.
Namun, negara jiran seperti Korea Selatan dan China menyuarakan bantahan mereka terhadap langkah Jepun kerana dikhuatiri ia boleh membawa akibat negatif untuk jangka masa panjang.
Sementara itu, selepas Jepun memulakan pelepasan sisa air terawat ke laut, Kementerian Luar China dalam satu kenyataan mengulangi bahawa negara itu dengan teguh menentang dan mengecam langkah itu.
"Kesannya melampaui sempadan Jepun, dan isu ini bukanlah hanya mengenai Jepun semata-mata.
"Sejak manusia mula menggunakan tenaga nuklear untuk tujuan aman, tiada sebarang piawaian yang diiktiraf umum untuk mengalirkan sisa air tercemar nuklear ke dalam laut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Jepun mula menyalurkan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi ke laut pada tengah hari Khamis, dan akan memantau tahap radioaktiviti di laut dan persekitaran bersama IAEA. - Foto AP
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.

Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.

Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.

Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.