KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi dijangka membuat lawatan ke Taiwan selepas kunjungannya ke Malaysia pada Selasa, menurut laporan CNN yang memetik pegawai kanan kerajaan Taiwan serta Amerika.
Pada Ahad, Pelosi mengumumkan lawatan delegasi Kongres diketuai oleh beliau dan diiringi lima anggota Dewan lain ke Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Jepun.
Selepas memulakan siri lawatannya di Singapura pada Isnin, ahli politik Demokrat berusia 82 tahun itu dijadualkan tiba di Kuala Lumpur esok untuk lawatan ke Bangunan Parlimen.
Dalam kenyataannya pada Ahad, Pelosi tidak menyenaraikan Taiwan sebagai salah satu lokasi dalam lawatannya ke Asia.
Seorang wartawan untuk media tempatan Taiwan TVBS memaklumkan dalam satu ciapan di Twitter bahawa Speaker itu dijangka tiba di Taipei malam Selasa.
Menurut akhbar Nikkei, tentera Amerika Syarikat (AS) juga dilaporkan menggerakkan aset ke lokasi lebih dekat dengan Taiwan seiring spekulasi lawatan Pelosi ke pulau itu.
Terdahulu, berita mengenai kemungkinan Pelosi akan mengadakan lawatan ke Taiwan mencetuskan spekulasi tentang tindak balas dari China.
Pada Isnin, Kementerian Luar China mengulangi amaran bahawa tenteranya “tidak akan duduk diam” jika Speaker itu meneruskan lawatannya ke Taiwan kerana status Pelosi sebagai orang nombor tiga dalam pentadbiran Amerika.
Tegas Jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian, lawatan Pelosi ke pulau berkenaan akan menjurus kepada “impak politik yang teruk”.
BACA: Nancy Pelosi ke Malaysia, Singapura minggu depan, Taiwan tidak tersenarai
Kata Dr Roy Anthony Rogers, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaysa, sekiranya diteruskan, lawatan itu dianggap melanggar Dasar Satu China.
“Bagi Beijing, ia menganggap ini sebagai cubaan Amerika Syarikat untuk seolah-olah mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara berasingan sedangkan prinsip dalam hubungan Amerika-China adalah berlandaskan kepada Dasar Satu China.
“China melalui Kementerian Luar telah memberi amaran keras kepada Washington bahawa jika lawatan ini diteruskan, ia akan memberi implikasi yang sangat teruk dan akan mengeruhkan lagi hubungan bilateral antara China dan Amerika Syarikat,” jelas Dr Roy menerusi program Fokus Minggu Depan pada Sabtu.
Nailah Huda
Mon Aug 01 2022

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi dijangka melawat Taiwan sebahagian daripada lawatan rasminya ke Asia. Foto - REUTERS
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Bekas Speaker Dewan Perwakilan AS Pelosi dirawat di hospital tentera AS di Jerman
Nancy Pelosi dibawa ke hospital tentera AS di Landstuhl, berhampiran Pangkalan Udara Ramstein di Jerman, selepas dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat kecederaan.

Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.

Kemunculan pertama Kamala Harris selepas Biden tarik diri
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris memuji Presiden Joe Biden atas khidmatnya kepada negara.

Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.

Pelosi umum hasrat bertanding semula Kongres AS
Nancy Pelosi umum hasratnya untuk bertanding semula sebagai wakil California dalam Kongres pada penggal akan datang.

Hasrat AS jual AS$1.1 bilion senjata kepada Taiwan undang kemarahan China
Kedutaan China di Washington menggesa AS menarik balik tawaran itu atau berdepan "tindakan balas".

China akhiri latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China pada Rabu mengumumkan telah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lepas di sekitar Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke pulau itu.

Konflik Taiwan-China: Latihan ketenteraan didakwa muslihat untuk ceroboh
Taiwan tidak akan gentar walaupun latihan berterusan China sering melanggar garis tengah tidak rasmi di selat negara itu.

Speaker Dewan AS Pelosi berlepas dari Jepun, lengkapkan siri lawatannya ke Asia
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi meninggalkan Jepun, sekali gus melengkapkan siri lawatannya ke negara-negara Asia.

Tokyo kesal Beijing batalkan mesyuarat dua hala menteri luar
Jepun kesal dengan keputusan China membatalkan rundingan dua hala yang sepatutnya diadakan sempena mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN di Kemboja.