TOKYO: Polis sedang mengesan seorang pemancing yang dilaporkan hilang di sebuah tasik di wilayah paling utara Jepun, Hokkaido dan mengesyaki dia mungkin diserang beruang selepas kepala manusia ditemukan di kawasan itu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.
Menurut polis, Toshihiro Nishikawa, 54, hilang ketika keluar memancing seorang diri pada Ahad di Tasik Shumarinai di pekan Horokanai dan seekor beruang dikesan dengan pakaian memancing berjuntai dari mulutnya, lapor Kyodo News.
Pegawai tempatan berkata maklumat itu mendorong pihak berkuasa tempatan melancarkan operasi memburu beruang dan pasukan mencari membunuh seekor haiwan itu pada petang Isnin.
Kepala manusia juga ditemukan semasa operasi di kawasan itu dan polis sedang menyiasat sama ada ia adalah milik Nishikawa, menurut Kyodo News.
Polis Hokkaido berkata penampakan beruang semakin meningkat tahun ini dan telah menerima 339 laporan sehingga Khamis lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
![Pemancing disyaki diserang beruang selepas penemuan kepala manusia Pemancing disyaki diserang beruang selepas penemuan kepala manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684232675_beruang.jpg)
Mangsa hilang ketika keluar memancing seorang diri pada Ahad di Tasik Shumarinai di pekan Horokanai dan seekor beruang dikesan dengan pakaian memancing berjuntai dari mulutnya. -Gambar hiasan/Unsplash
![IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739461001_ZambryAbdulKadir.jpg)
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458025_EmbajadadeCubaen.jpg)
Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.
![Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739459759_PelajarHilang.jpg)
Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 12 Februari lalu kira-kira jam 7.30 pagi.
![Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739457843_ShamsulAzriAbuBak.jpg)
Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
![Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732290158_TBaaaronago.jpg)
Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.
![Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
![Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458581_TuntutanPalsu.jpg)
Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta
Sumber SPRM memaklumkan empat individu terlibat adalah dua pengarah syarikat dan dua naib presiden kanan syarikat berusia antara 50 hingga 60-an.
AWANI Tonight | 13 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
![1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727329120_JPA.jpg)
1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas
Seramai 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pelaksanaan inisiatif pusingan kerja sejak Ogos tahun lepas.
![Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458210_PegawaiLupusDiese.jpg)
Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Mengikut sumber SPRM, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.
![Pemancing disyaki diserang beruang selepas penemuan kepala manusia Pemancing disyaki diserang beruang selepas penemuan kepala manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684232675_beruang.jpg)
Pemancing disyaki diserang beruang selepas penemuan kepala manusia
Toshihiro Nishikawa hilang ketika keluar memancing seorang diri pada Ahad di Tasik Shumarinai di pekan Horokanai dan seekor beruang dikesan dengan pakaian memancing berjuntai dari mulutnya.