MAGDEBURG: Seorang pemandu merempuh kumpulan besar pengunjung di pasar Krismas di bandar Magdeburg, Jerman, pada petang Jumaat.

Rempuhan itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 60 cedera.

Salah seorang mangsa yang maut adalah kanak-kanak.

Pemandu tersebut disyaki seorang pegawai perubatan dari Arab Saudi telah ditahan dan dipercayai bertindak sendirian.

Pihak berkuasa menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi bagi Magdeburg dan Jerman secara keseluruhannya.

Polis melaporkan operasi berskala besar di lokasi tetapi belum memberikan jumlah korban rasmi.

Sementara itu, Canselor Jerman, Olaf Scholz, menyatakan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga mereka melalui platform media sosial X.

Video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan sebuah kereta memecut melalui orang ramai di antara deretan gerai pasar.

Beberapa orang dilihat terjatuh dan yang lain lari menyelamatkan diri.