CALIFORNIA: Daniel Ellsberg, bekas penganalisis tentera Amerika Syarikat (AS) yang telah membocorkan rahsia besar kerajaan negara itu iaitu “Pentagon Papers” meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Mendiang Ellsberg yang mendedahkan penipuan pemerintah mengenai perang AS di Vietnam dan juga penentang senjata nuklear menghembuskan nafas terakhir akibat kanser pankreas di kediamannya di Kensington, di sini, pada Jumaat, kata keluarganya.
Ellsberg yang pernah berkhidmat sebagai penganalisis isu-isu keamanan nasional untuk Pentagon dan RAND Corporation iaitu sebuah pusat pemikir dasar yang terkenal, sebelum berubah menjadi kecewa dengan penglibatan AS dalam perang di Vietnam.
Kekecewaan beliau itu mendorong mendiang membocorkan ribuan halaman dokumen yang mengungkap kebohongan pemerintah tentang perang tersebut kepada media pada tahun 1971.
Tindakan Ellsberg mencetuskan konflik kebebasan bersuara sehingga beliau diheret ke Mahkamah Agung AS.
Kurang dua minggu selepas dokumen-dokumen tersebut diterbitkan, mahkamah memutuskan media memiliki hak untuk menerbitkan pendedahan yang dilakukan oleh Ellsberg.
Keputusan yang dibuat mahkamah itu jga sekali gus merekodkan kemenangan terhadap usaha mendedahkan kepincangan pemerintah berhubung isu-isu seperti keamanan nasional.
Ellsberg dalam laporan di 7,000 halaman muka surat itu mendedahkan bagaimana Presiden AS ketika itu Lyndon Johnson telah menipu kepada semua pihak secara sistematik berhubung kepentingan kerajaan mengenai perang itu.
Mendiang mendedahkan maklumat itu kepada akhbar The Washington Post, The New York Times dan banyak media lain
Sehubungan itu, Pada Januari 1973, kerajaan AS mendakwa Ellsberg mencuri dan melakukan konspirasi di bawah Akta Spionase dengan hukuman maksimum 115 tahun penjara. - Agensi
Agensi
Fri Jun 16 2023
Whistleblower Daniel Ellsberg yang mendedahkan rahsia kerajaan Amerika Syarikat berhubung Perang Vietnam meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat kanser pankreas. - Gambar fail REUTERS
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Pembocor rahsia "Pentagon Papers" Daniel Ellsberg meninggal dunia
Whistleblower Daniel Ellsberg yang mendedahkan rahsia kerajaan Amerika Syarikat berhubung Perang Vietnam meninggal dunia pada usia 92 tahun.