KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis berkata, "pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan," di Gaza, di mana jumlah kematian rakyat Palestin kini meningkat kepada 20,000.
"Saya tidak tahu entah berapa kali saya sangkakan krisis di Gaza ini tidak akan jadi lebih mengerikan. Tetapi, ia tetap berlaku lagi," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi X, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau berkata jumlah mangsa yang terkorban di kawasan yang dikepung dalam tempoh lebih dua bulan adalah "menakutkan" dan seolah-olah "mempersendakan kemanusiaan."
"Ketakutan tidak berkesudahan bagi mereka yang terperangkap dalam 'neraka dunia' ini," katanya, sambil menambah bahawa secara purata, kira-kira 300 orang terbunuh setiap hari di kawasan yang dikepung itu.
Beliau juga menekankan, keadaan sistem penjagaan kesihatan yang teruk di kawasan itu, di mana hanya sembilan daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza yang berfungsi sebahagiannya, manakala tiada langsung yang berfungsi di bahagian utara.
"Pembunuhan beramai-ramai ini mesti dihentikan. Kita perlukan #CeasefireNOW," kata Tedros.
Konflik antara Israel dan Hamas bermula pada 7 Okt lalu dan kini telah mengorbankan lebih 20,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan pemindahan dan kemusnahan besar-besaran.
Astro Awani
Fri Dec 22 2023

Penduduk Palestin berkumpul di tapak serangan Israel ke atas sebuah masjid, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, 20 Dis 2023. - REUTERS

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.

Ketua WHO tuntut pembebasan pengarah hospital di Gaza
Tedros Adhanom Ghebreyesus desak agar Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, Hussam Abu Safia, dibebaskan dengan serta-merta.

Sistem kesihatan Gaza di ambang kehancuran, WHO desak henti serangan ke atas hospital
Tedros berkata Hospital Al-Ahli dan Hospital Pemulihan Al-Wafa di Bandar Gaza telah diserang tentera Israel, menyebabkan kerosakan pada kedua-dua bangunan itu.

Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.

WHO keluar amaran kes campak melonjak di peringkat global
Anggaran kes global pada 2023 mencecah 10.3 juta, dengan hampir 110,000 kematian direkodkan.

Kereta kebal Israel kepung, bom bangunan Hospital Indonesia di Gaza - Pengarah
Dr Marwan al-Sultan berkata jabatan penjagaan pascapembedahan telah terkena serangan dan tentera hanya berada kira-kira 20 meter dari bangunan.

Hampir separuh pusat kesihatan asas di kawasan konflik Lubnan ditutup - WHO
Daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di #Lubnan, 100 kini ditutup disebabkan peningkatan keganasan.

Ketua Pengarah WHO: Hampir tiada perkhidmatan kesihatan di utara Gaza
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengumumkan bahawa hampir tiada perkhidmatan kesihatan yang masih berfungsi di utara Gaza.

230,000 dos vaksin mpox sedia diterbangkan ke Congo
Dos ini disumbangkan oleh Suruhanjaya Eropah dan pengeluar vaksin mpox Denmark Bavarian Nordic.