NEW DELHI: India bakal memilih presiden baharu pada Isnin berikutan tempoh Presiden Ram Nath Kovind akan berakhir pada 24 Julai dan keputusan dijangka diumumkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan antara calon wanita Draupadi Murmu yang menerima sokongan Perikatan Demokratik Kebangsaan (NDA) dan calon parti pembangkang, Yashwant Sinha.
Turut berada di dalam pakatan NDA ialah Parti Bharatiya Janata (BJP).
Tidak seperti perdana menteri yang dilantik terus oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen, presiden India pula dilantik secara tidak langsung menerusi undi elektoral.
Ia membabitkan undian daripada 776 Ahli Parlimen serta 4,033 ahli 28 Dewan Undangan Negeri dan majlis wilayah yang ditadbir pusat.
Murmu, 64, yang berasal dari negeri Odisha memulakan kerjayanya sebagai guru sebelum menyertai arena politik. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai naib presiden parti pemerintah itu.
Beliau bakal dicabar Sinha yang pernah menerajui Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar.
Sinha, 84, juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar dari 2002-2004 dan merupakan pengkritik kuat dasar Perdana Menteri Narendra Modi. Beliau baru-baru ini menyertai Kongres Trinamool (TMC), sayap pembangkang yang mentadbir Bengal Barat.
Selain itu, Sinha juga pernah dua kali menjadi menteri kewangan dari 1990-1991 dan 1998-2002.
Pakar dan pemerhati politik percaya calon parti pemerintah mempunyai peluang agak cerah berdasarkan sokongan yang diterima.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022

Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan antara calon wanita Draupadi Murmu yang menerima sokongan Perikatan Demokratik Kebangsaan (NDA) dan calon parti pembangkang, Yashwant Sinha. - Pexels

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dipilih sebagai Presiden India bukti rakyat miskin juga boleh memasang impian - Droupadi Murmu
Murmu mengangkat sumpah sebagai presiden pada majlis yang diadakan di dewan parlimen di New Delhi pada Isnin.

Pemilihan presiden baharu India diadakan pada Isnin
Persaingan antara calon wanita Draupadi Murmu yang menerima sokongan Perikatan Demokratik Kebangsaan (NDA) dan calon parti pembangkang, Yashwant Sinha.