LONDON: Ahli Parlimen Parti Konservatif United Kingdom (UK) kini perlu memilih lapan ahli dari kalangan mereka dalam undian pusingan pertama, untuk memimpin parti tersebut, lapor agensi Sky News.
Menurut laporan tersebut, lapan Ahli Parlimen tersebut yang mahu memimpin parti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri UK yang baharu perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 undi untuk mara ke pusingan seterusnya.
Undian pusingan pertama, menurut Sky News lagi, akan berlangsung antara pukul 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang waktu tempatan, manakala keputusan akan diumumkan pada pukul 5.30 petang waktu tempatan (8.30 malam waktu Malaysia).
“Calon dengan jumlah undian terendah akan terkeluar dari perlumbaan tersebut dan pemilihan seterusnya akan berlaku dalam tempoh seterusnya,” menurut laporan itu lagi.
Lapan Ahli Parlimen Tory yang dalam pertandingan ialah Kemi Badenoch, Suella Braverman, Jeremy Hunt, Penny Mordaunt, Rishi Sunak, Liz Truss, Tom Tugendhat dan Nadhim Zahawi.
Semalam, beberapa Ahli Parlimen Konservatif dilaporkan telah menarik diri iaitu bekas Setiausaha Kesihatan, Sajid David; Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps dan Ahli Penyokong Kelab Kerajaan, Rehman Chishti, serta Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel.
Pusingan undian akan terus berlangsung sehingga tinggal dua calon,dan kedua-dua calon tersebut perlu memenangi majoriti sokongan daripada akar umbi Tory, yang mana 160,000 ahli parti akan memilih siapa yang paling berkelayakan untuk memimpin parti dan negara.
Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri baharu bagi menggantikan Boris Johnson, akan diumumkan pada 5 September depan.
Astro Awani
Wed Jul 13 2022

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri baharu bagi menggantikan Boris Johnson, akan diumumkan pada 5 September.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Trump puji Perdana Menteri Keir Starmer “lakukan kerja yang sangat baik”
Bagaimanapun, sekutu Trump, Elon Musk mengkritik Starmer dan beberapa kali mendesak agar beliau disingkirkan daripada jawatan PM UK.

PM UK disiasat berhubung kepentingan isteri dalam syarikat penjagaan kanak-kanak
Isteri Rishi Sunak dikatakan mempunyai saham dalam agensi yang memperoleh manfaat daripada belanjawan kerajaan baru-baru ini.

Liz Truss secara rasmi dilantik Perdana Menteri UK ke-15
Liz Truss bertemu dengan Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral sebagai sebahagian proses formal untuk menjadi Perdana Menteri UK yang baharu.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Liz Truss
Ismail Sabri berharap dapat bekerjasama rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua negara demi manfaat rakyat.

PM Britain: Tewas dengan Liz Truss, Rishi Sunak tak kecewa
Kalah dengan Liz Truss dalam pemilihan Perdana Menteri baharu Britain, Rishi Sunak tidak kecewa malah menyifatkan peluang dicalonkan sebagai pengalaman berharga.

Calon PM UK: Rishi Sunak peroleh sokongan tertinggi
Sunak yang bertanggungjawab di atas pengunduran Johnson memperoleh 88 undian.

Pemilihan Tory: Calon untuk pimpin parti, jadi Perdana Menteri UK kini tinggal lapan orang
Lapan MP yang mahu memimpin parti dan menjadi PM UK yang baharu perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 undi untuk mara ke pusingan seterusnya.

Boris Johnson umum letak jawatan
Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson sah meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif selepas kehilangan sokongan anggota Kabinet dan barisan menteri.

Boris Johnson tegaskan tidak akan letak jawatan meskipun Tories tewas pilihan raya kecil
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan selepas partinya tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen.

COP26: Dunia ibarat diikat dengan bom, menanti masa meletup - Boris Johnson
Beliau menegaskan tindakan segera melalui sistem antarabangsa perlu diambil dalam menangani isu perubahan iklim global.