SAN FRANCISCO: Seramai 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mula tiba di San Francisco bagi menghadiri Mesyuarat kali ke-30 forum antara kerajaan itu yang dijadual berlangsung dari 14-17 Nov.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada 9.37 malam (Waktu Standard Pasifik), pada Isnin di San Francisco bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pertamanya.
Para pemimpin Vietnam, Peru, Filipina dan Indonesia pula dijadual tiba pada Selasa (14 Nov), manakala pemimpin dari Korea Selatan, Chile, Brunei, Kanada, Australia, Colombia dan Mexico akan tiba pada Rabu (15 Nov).
Sementara itu, kehadiran Presiden China Xi Jinping dan pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di luar mesyuarat itu bagi mencari jalan mengatasi kekusutan dalam hubungan dua hala antara kedua-dua kuasa besar itu juga menjadi tumpuan.
Rumah Putih telah mengesahkan pertemuan antara pemimpin-pemimpin itu akan berlangsung pada Rabu (15 Nov).
Moscow sebaliknya menghantar Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexei Overchuk bagi mewakili Putin. Agensi Berita Interfax melaporkan bahawa Putin secara peribadi memutuskan bahawa Overchuk, 58, akan mengetuai delegasi Rusia. Sejak pencerobohan Ukraine oleh Rusia, Putin dipulaukan oleh para pemimpin Barat termasuk AS.
Dalam pada itu, pemimpin Hong Kong John Lee tidak akan menghadiri acara itu dan sebaliknya beliau akan diwakili Setiausaha Kewangan Hong Kong Paul Chan Mo-po.
APEC adalah forum antara kerajaan membabitkan 21 ekonomi yang mempromosikan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia-Pasifik. Sebagai Pengerusi APEC bagi 2023, AS akan menjadi tuan rumah AELM untuk kali ketiga.
Kali ini San Fransciso dipilih sebagai lokasi mesyuarat, selepas Pulau Blake pada 1993 dan Honolulu (2011). San Francisco merupakan pusat komersial, kewangan dan kebudayaan California Utara.
Kawasan Bay Area di San Francisco menempatkan sebilangan besar syarikat Fortune 500 terbesar di dunia seperti Tesla, Uber, Salesforce, Pixar, Netflix, Lucasfilm Ltd, Levi Strauss, dan beberapa firma inovatif terkemuka dalam pembangunan AI, bioteknologi, perisian, teknologi bersih dan media sosial.
Pada tahun ini, Biden akan mempengerusikan AELM dan mengetuai perbincangan dengan Pemimpin APEC mengenai pengukuhan hubungan ekonomi; meningkatkan keterangkuman dan kelestarian; serta mengukuhkan daya tahan dan kompleksiti ekonomi selaras dengan tema APEC 2023, "Creating a Resilient and Sustainable Future for All".
AELM ke-30 dijangka menerima pakai Deklarasi Gerbang Emas 2023 (2023 Golden Gate Declaration) Pemimpin APEC.
AS dan Malaysia adalah antara 12 pengasas awal APEC termasuk Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand.
China, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Papua New Guinea pula menyertai kerjasama ekonomi itu pada 1993, diikuti Chile pada 1994, manakala Peru, Rusia dan Vietnam pada 1998 menjadikan keahlian penuh kepada 21.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

APEC adalah forum antara kerajaan membabitkan 21 ekonomi yang mempromosikan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia-Pasifik. - Gambar/ Bernama
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.

Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.

China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.

Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.

Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.

Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.

Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.

APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.

Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."

Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.