NEW DELHI: Pemimpin utama pembangkang India, Rahul Gandhi akan bertanding dalam Pilihan Raya Parlimen daripada sebuah kubu kuat parti di negeri yang penting dari segi politik, Uttar Pradesh.
Rahul menghantar borang pencalonan untuk Raebareli pada Jumaat yang dihadiri ibunya Sonia Gandhi dan Presiden Parti Kongres Mallikarjun Kharge.
Sonia yang memenangi kawasan pilihan raya dalam Lok Sabha (Dewan Rakyat) itu sebanyak lima kali termasuk 2014 dan 2019 kini merupakan seorang Ahli Rajya Sabha, (Dewan Negara) kepada sistem parlimen dwidewan.
Pada masa ini Rahul mewakili Wayanad di negeri Kerala di selatan India dan bertanding di sana sekali lagi.
Kesemua pengundi di 20 kerusi parlimen di Kerala mengundi pada 26 April lepas dalam fasa kedua pilihan raya umum yang panjang sebanyak tujuh fasa.
Raebareli dan 13 lagi kawasan pilihan raya di Uttar Pradesh, negeri yang paling padat dengan penduduk mewakili 80 daripada 543 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara akan mengundi dalam fasa kelima pada 20 Mei ini.
Fasa terakhir mengundi ialah pada 1 Jun dan pengiraan undi akan berlangsung pada 4 Jun.
Jika Rahul memenangi kedua-dua kerusi yang ditandinginya, beliau perlu melepaskan satu kerusi dan satu pilihan raya kecil akan diadakan.
Pada Pilihan Raya 2019, Rahul bertanding di Amethi dan Wayanad tetapi tewas di Amethi biarpun ia dianggap sebagai sebuah kerusi selamat untuk Parti Kongres.
Parti Kongres bertanding di 17 kerusi di Uttar Pradesh dan bekerjasama dengan Parti Samajwadi yang berpangkalan di wilayah Hindi.
Terdapat spekulasi bahawa Rahul akan bertanding di kerusi Amethi sekali lagi tetapi parti kemudian membuat keputusan untuk meletakkannya di Raebareli.
Parti Kongres meletakkan Kishori Lal Sharma, pengikut setia keluarga Gandhi di Amethi, di mana Parti Bharatiya Janata (BJP) meletakkan Smriti Zubin Irani untuk mempertahankan kerusinya.
Raebareli terletak berhampiran ibu negeri Lucknow dan Amethi, juga merupakan kawasan pilihan raya nenek Rahul, Indira Gandhi.
Bagaimanapun, Indira gagal memenangi kerusi itu pada 1977 apabila pengundi di utara India menghukum beliau dan Parti Kongres kerana melaksanakan Undang-undang Darurat dalam 1975.
Parti Kongres memenangi 17 daripada 20 kerusi parlimen yang dipertandingkan di Raebareli sejak 1952.
Langkah ini dilihat sebagai memberikan tenaga kepada kempen pilihan raya parti itu dan rakan sekutunya dalam berhadapan BJP yang memerlukan kemenangan besar di negeri yang penting ini bagi memastikan penggal ketiga untuk Perdana Menteri Narendra Modi.
Modi yang berasal dari negeri Gujarat, barat India bertanding sekali lagi di kawasan pilihan raya Varanasi di Uttar Pradesh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024

Pada masa ini Rahul mewakili Wayanad di negeri Kerala di selatan India dan bertanding di sana sekali lagi. - AP
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India
Ahli politik terkemuka, Rahul Gandhi akan menjadi ketua pembangkang parlimen India.

Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.

Kerajaan Modi berjaya ketepikan usul undi tidak percaya
Usul undi tidak percaya ini dikecam keras Modi dan beliau mendakwa kumpulan pemimpin ini tidak percaya kepada demokrasi.

India: Rahul Gandhi tamatkan perarakan perpaduan nasional dengan mesej menentang keganasan
Rahul dan ketua parti Kongres memulakan 'Bharat Jodo Yatra' pada 7 Sept di Kanyakumari, selatan India, merentasi 12 negeri, sejauh 3,500km.

Ekonomi India terjejas akibat undang-undang kewarganegaraan baru
Ia berikutan kontroversi Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Kewarganegaraan (CAB) yang bertujuan memberi kewarganegaraan kepada pelarian bukan Islam dari tiga negara islam yang berjiran dengan India.

Rahul Gandhi letak jawatan Presiden Parti Kongres
Rahul Gandhi semalam meletak jawatan sebagai pemimpin parti pembangkang utama India, Parti Kongres ekoran kekalahan memalukan kali kedua dalam pilihan raya.

Ceritalah India: Kalau bukan Modi, siapa?
Veena pasti bahawa jika Perdana Menteri yang bertahan dipilih semula, anaknya akan mendapat pekerjaan: "Modi akan menyelesaikan masalah kami. Jika tidak Modi, siapa?"

900 juta rakyat India keluar mengundi hari ini
900 juta pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya terbesar di dunia bermula hari ini di India.

Parti pembangkang utama India INC keluar senarai pertama calon PRU
Sebanyak 15 nama telah diumumkan dalam senarai calon pertama INC termasuk Presiden Parti Rahul Gandhi serta ibunya, Sonia Gandhi.