PEMERGIAN legenda bola sepak Pele pada Khamis menerima reaksi duka daripada kalangan peminat, pemimpin, dan juga selebriti di seluruh dunia.
BACA: Legenda bola sepak Pele meninggal dunia
Antara yang terawal menitipkan kata-kata ialah bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
"Pelé adalah antara yang terhebat pernah bermain permainan yang indah itu.
"Dan sebagai salah seorang atlet paling dikenali di dunia, mendiang memahami kuasa sukan untuk menyatukan orang ramai.
"Doa dan ingatan kami buat keluarga mendiang serta semua yang mengasihi dan mengaguminya," tulis Obama.
Bekas pelari pecut Usain Bolt turut menitipkan ucapan takziah kepada mendiang.
"Legenda sukan. Damailah kamu di sana, Raja Pele," tulis Bolt.
Pasukan kebangsaan England dalam tweetnya turut menyanjung kehebatan Pele dan mengungkapi kata-kata legenda bola sepak itu akan sentiasa dikenang.
"Antara yang terbaik menghiasi permainan yang indah.
"Selamat tinggal, Pelé. Anda tidak akan dilupakan," tulis tweet itu.
Kalangan pemain bola sepak juga tidak melepaskan peluang mengucapkan takziah buat pemain bola sepak tersohor dunia itu pagi ini, antaranya Leo Messi dan Cristiano Ronaldo.
Portal GOAL dalam pada itu menitipkan kata-kata Pele susulan kematian seorang lagi bintang bola sepak terkemuka dunia Diego Maradona dua tahun lalu.
"Satu hari nanti, saya harap kita dapat bermain bola sepak bersama di sana," tulis Pele pada 2020.
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat, Pele merupakan satu-satunya pemain yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970.
Astro Awani
Thu Dec 29 2022
![Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672348957_Pele.jpg)
Pele melambai kepada peminat ketika perlawanan persahabatan di antara Algeria dan Slovenia di Algiers, Algeria pada 5 Mac 2014. Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon. -Gambar fail/Reuters
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![EURO 2024: Yamal pecah rekod Pele EURO 2024: Yamal pecah rekod Pele](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720997978_Spain.jpg)
EURO 2024: Yamal pecah rekod Pele
LAMINE Yamal boleh dinobatkan menjadi pemain termuda beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan utama memecahkan rekod yang dipegang oleh legenda bola sepak Brazil, Pele.
![EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720572108_tbLamineYamal.jpg)
EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu
"Saya tidak tahu sama ada saya ikon atau tidak. Itu tidak benar-benar membantu apa-apa di atas padang. Saya perlu membantu pasukan saya."
![Endrick belum tahap Pele Endrick belum tahap Pele](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711420088_TBEndrickjpg.jpg)
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
![Neymar pintas rekod jaringan Pele Neymar pintas rekod jaringan Pele](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694245789_Neymar.jpg)
Neymar pintas rekod jaringan Pele
NEYMAR memecahkan rekod Pele sebagai penjaring terbanyak Brazil selepas meledak dua gol dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan pada awal pagi Sabtu.
![Endrick enggan dibayangi Pele Endrick enggan dibayangi Pele](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680744339_Endrickpele.jpg)
Endrick enggan dibayangi Pele
Hakikatnya, tiada siapa yang mampu menggantikan Pele, dia adalah raja bola sepak.
!['Ketibaan Ronaldo ke Al Nassr sama seperti Pele berhijrah ke Cosmos' - Garcia 'Ketibaan Ronaldo ke Al Nassr sama seperti Pele berhijrah ke Cosmos' - Garcia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673319447_CristianoRonaldo.jpg)
'Ketibaan Ronaldo ke Al Nassr sama seperti Pele berhijrah ke Cosmos' - Garcia
Pemain kebangsaan Portugal itu masih belum membuat penampilan sulung kerana penggantungan domestik yang dilakukan sejak di United.
![Pele disemadi di Santos Pele disemadi di Santos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672785997_Pele.jpg)
Pele disemadi di Santos
Pele akan dikebumikan di bandar tempatnya membesar dan mengembangkan karier bola sepaknya.
![Buku takziah digital raja bola sepak Brazil Pele kini tersedia untuk rakyat Malaysia Buku takziah digital raja bola sepak Brazil Pele kini tersedia untuk rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672391503_PELEPASSEDAWAY.jpg)
Buku takziah digital raja bola sepak Brazil Pele kini tersedia untuk rakyat Malaysia
Buku ucapan takziah digital kini disediakan untuk peminat bola sepak Malaysia memberikan penghormatan kepada mendiang legenda bola sepak Brazil Pele
![Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672719028_GianniInfantino.jpg)
Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele
Brazil memasuki tempoh berkabung kebangsaan selepas kematian Pele.
![Penghormatan terakhir Pele di Stadium Vila Belmiro Penghormatan terakhir Pele di Stadium Vila Belmiro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51672696248_TBPELE.jpg)
Penghormatan terakhir Pele di Stadium Vila Belmiro
Jasad Pele atau nama sebenar Edson Arantes do Nascimento ditempatkan di stadium itu dua hari sebelum dikebumikan di Santos pada Rabu.