Dilahirkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang gagal didiagnos, seorang pemuda di India menjadi bahan ejekan penduduk di kampungnya.
Anshu Kumar, 21, dari Jagatpur dilahirkan dengan saiz kepala yang besar, dahi luas dan sepasang mata kecil yang 'memanjang ke tepi'.
Menurut ayah Anshu, Kamlesh, 46, anaknya itu dilahirkan dengan ciri-ciri fizikal yang berbeza dan telah dibawa berjumpa doktor tempatan namun mereka tidak dapat mendiagnosis penyakit Anshu.
Penyakit tersebut menyebabkan Anshu mengalami kesukaran berdiri dan tidak mempunyai rambut.
Dengan gaji kecil sebagai buruh, pemuda itu tidak mampu untuk mendapatkan khidmat doktor pakar bagi merungkai masalah kesihatannya.
Anshu kini sangat berharap kerajaan akan tampil membantu membiayai rawatan perubatan bagi membolehkannya menjalani hidup normal.
Selepas kemunculan sebuah filem Bollywood berkisar tentang makhluk asing, Anshu digelar 'alien' oleh penduduk sekitar.
"Saya kelihatan berbeza berbanding orang lain dan mereka tidak menyukai saya.Kanak-kanak berasa takut apabila melihat saya dan akan melarikan diri.
"Saya cuba untuk tidak menghiraukan mereka, namun saya tidak mampu untuk menutup telinga setiap kali diejek.
"Saya mahu menjadi normal dan berharap untuk berkahwin satu hari nanti," ujar Anshu.
Sinar Harian
Thu May 31 2018

Anshu Kumar, 21, dari Jagatpur dilahirkan dengan saiz kepala yang besar, dahi luas dan sepasang mata kecil yang 'memanjang ke tepi'. - Foto Agensi

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Pemuda 'alien' jadi bahan ejek
Dilahirkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang gagal didiagnos, seorang pemuda di India menjadi bahan ejekan penduduk di kampungnya.

Rangka tulang kerdil Atacama disyaki 'alien', namun genetiknya tersembunyi sebuah cerita
Penemuan mengenai rangka tulang kerdil Atacama yang ditemui 15 tahun lepas didapati wujud mutasi dalam genetik tulang itu dan bukannya mempunyai ciri-ciri luar biasa, menurut pakar genetik.

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'
Vinny Ohh setakat ini sudah menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selain turut menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.