BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan pakej sekatan keenam terhadap junta tentera Myanmar kerana pencabulan hak asasi manusia, lapor Agensi Anadolu.
Menteri-menteri luar EU meluluskan sekatan terhadap sembilan orang dan tujuh entiti, menurut kenyataan Majlis Kesatuan Eropah pada Isnin.
Mereka yang disenarai hitam termasuk menteri tenaga, ahli perniagaan terkemuka dan pegawai tentera berpangkat tinggi yang dikenakan sekatan perjalanan dan pembekuan aset.
"Turut disenarai ialah ahli politik dan pentadbir dari Wilayah Yangon yang terlibat dalam proses hukuman mati ke atas empat aktivis demokrasi pada Julai 2022 dan di negeri Kachin, membabitkan serangan udara, pembunuhan beramai-ramai, serbuan, pembakaran dan penggunaan manusia sebagai perisai yang dilakukan oleh tentera," menurut kenyataan itu.
Sehingga kini 93 individu dan 18 entiti telah dikenakan sekatan.
Selain itu, EU turut mengekalkan sekatan ke atas senjata dan peralatan ketenteraan serta eksport barangan dwikegunaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Sehingga kini 93 individu dan 18 entiti telah dikenakan sekatan kerana pencabulan hak asasi manusia. - Fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.

Malaysia gesa ASEAN kutuk keras tindakan junta Myanmar
Malaysia menggesa ASEAN supaya mengutuk dengan lebih keras tindakan junta Myanmar yang telah melakukan siri serangan udara dan pembunuhan seperti dilaporkan melalui 'pernyataan bersama'.

Pencabulan hak asasi: EU laksana sekatan baharu ke atas junta Myanmar
Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan pakej sekatan keenam terhadap junta tentera Myanmar kerana pencabulan hak asasi manusia.

Gadis pasang jerangkap samar elak ditangkap junta
Jerangkap samar yang dipasang Ma Chaw Su Aung menyebabkan lebih 50 anggota tatmadaw cedera.

AS terus beri tekanan ke atas junta Myanmar hentikan keganasan
AS akan terus memberi tekanan pada rejim Myanmar sehingga ia menghentikan keganasan terhadap rakyatnya.

AS, EU kenakan sekatan baharu terhadap junta Myanmar
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan terhadap junta Myanmar, selepas dua tahun kerajaan yang dipilih rakyat digulingkan di negara itu.

Suu Kyi dihukum penjara 3 tahun atas penipuan ketika pilihan raya
Mahkamah junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan melakukan penipuan dalam pilihan raya, lapor media tempatan pada Jumaat.

Malaysia sokong gesaan pembebasan segera Suu Kyi - Saifuddin
Suu Kyi perlu dibebaskan segera untuk memulakan proses dialog damai dan inklusif melibatkan semua pihak berkepentingan di negara itu.

Konflik di Myanmar: Dialog antara pihak berkaitan akan mengambil masa yang lama
Dialog antara pihak berkaitan berhubung isu keganasan di Myanmar dijangka mengambil masa yang lama.

Myanmar, Bangladesh setuju penduduk Rohingya kembali ke Rakhine
Dalam satu kenyataan, Bangladesh mengesahkan proses kepulangan pelarian dijangka bermula dalam tempoh dua bulan lagi.