Pencarian beruang Alaska paling gemuk kini sudah menjadi sensasi di media sosial.
Dalam penilaian terkini pada Selasa, seekor beruang betina yang bunting berwarna perang gelap yang dikenali dengan nama 409 Beadnose akhirnya dinobat sebagai Beruang Paling Gemuk 2018.
Beadnose menyingkirkan seekor lagi beruang Alaska jantan yang dinamakan 747 – seperti nama pesawat jumbo – dalam satu undian atas talian kelolaan Taman Negara Katmai sempena kempen pencarian beruang tergemuk atau Fat Bear Week.
Dalam pemerhatian, beruang jantan lazimnya lebih besar dari segi saiz namun Beadnose kali ini lebih menyerlah.
“Juara kami yang gempal ini mempunyai masa sehingga beberapa minggu saja lagi untuk memakan seberapa banyak ikan salmon sebelum ia mendaki kawasan pergunungan dan berehat untuk ‘meraikan’ kemenangannya,” ujar kenyataan dalam Facebook taman negara itu.
Katmai, yang terletak di kawasan pergunungan di pesisiran Teluk Alaska, dikenali sebagai habitat kepada beruang-beruang tersebut.
Bulan Oktober merupakan bulan terakhir untuk mamalia tersebut makan sebanyak yang boleh untuk membina lemak tubuh sebelum berhibernasi di dalam sarang seterusnya menempuh musim sejuk.
Oktober juga bulan terbaik untuk penggemar alam semula jadi untuk menyaksikan keindahan Katmai menerusi penstriman video, terutamanya aksi beruang-beruang tersebut membuat persiapan menjelang musim hibernasi.
Menurut renjer Katmai, Andrew LaValle, Fat Bear Week mungkin suatu acara yang menyeronokkan bagi manusia, namun ia adalah musim paling serius buat beruang.
“Ini mungkin menghiburkan bagi manusia untuk melihat persekitaran dan aktiviti penghuni hutan ini, namun ini juga musim yang menentukan antara hidup dan mati,” ujarnya, yang menambah, beruang akan kehilangan satu per tiga daripada berat tubuh sewaktu berhibernasi.
Agensi
Wed Oct 10 2018
Tahniah 409 Beadnose, dan kami turut mengucapkan selamat berhibernasi! - Reuters
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi faktor permintaan domestik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Konsensus isu laut China Selatan dalam rundingan
ASEAN dan China akan terus berusaha memastikan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dilaksana secara teratur.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, ini termasuk usaha memuktamadkan rundingan Kod Tatalaku (COC) di perairan yang dipertikaikan.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, ini termasuk usaha memuktamadkan rundingan Kod Tatalaku (COC) di perairan yang dipertikaikan.
Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh anak tiri
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh anak lelaki tirinya yang berusia dua tahun pada 2019.
Dua lelaki mengaku salah miliki bahan lucah kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru atas lima pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dan bahan lucah.
Hukuman penjara 58 tahun, denda RM1.05 juta bekas majistret dikekalkan
Mahkamah Tinggi Kuantan mengekalkan hukuman penjara 58 tahun dan denda 1.05 juta ringgit terhadap bekas majistret yang didapati bersalah terhadap enam kes pertuduhan berkaitan rasuah.
Op Sky: 4,000 dokumen dirampas, 16 lagi mungkin ditahan
SPRM merampas 4,000 dokumen bagi membantu siasatan sindiket selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan syarikat perunding kewangan bersama pegawai bank.
PM Perancis Bayrou terselamat undi tidak percaya
Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou, berjaya mempertahankan kerajaan minoriti baharunya selepas terselamat daripada undi tidak percaya.
Parti Sosialis berhaluan kiri-tengah memilih untuk tidak menyokong usul tersebut.
Parti Sosialis berhaluan kiri-tengah memilih untuk tidak menyokong usul tersebut.
Sektor kewangan terima 2.3 juta aduan sejak lima tahun lepas
Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan.
GISB: 448 kanak-kanak telah diserahkan, masih ada 107 lagi
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyerahkan 448 kanak-kanak dikaitkan dengan Global Ikhwan Sdn bhd (GISB) Holdings kepada ibu bapa mereka serta orang layak dan sesuai.
Media sosial: Tiktok mungkin kekal di A.S jika perjanjian baharu dimeterai
Penasihat keselamatan negara yang bakal dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump, menyatakan bahawa pentadbiran baharu akan memastikan TikTok kekal beroperasi di Amerika Syarikat jika terdapat perjanjian yang berdaya maju.
Pencarian Beruang Paling Gemuk 2018, dan pemenangnya ialah...!
Seekor beruang betina Alaska yang bunting berwarna perang gelap yang dikenali dengan nama 409 Beadnose paling menyerlah.