BEIJING: China berpendirian semua usaha mengesan asal usul virus COVID-19 seharusnya dilakukan secara ilmiah oleh saintis serta bebas daripada sebarang gangguan politik demi kesejahteraan manusia sejagat.
Pendirian China itu dihuraikan Kementerian Luar pada sidang taklimat di Beijing pada Jumaat, dihadiri duta asing di negara ini.
Pegawai kanan dari Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Kesihatan Negara, dan Akademi Sains China turut diundang untuk memberikan taklimat.
Naib Menteri Luar, Ma Zhaoxu berkata, laporan penyelidikan bersama oleh China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuat kesimpulan dan ia diiktiraf masyarakat antarabangsa khususnya dalam kalangan saintis.
"Oleh itu, laporan berkenaan harus dihormati dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk Sekretariat WHO, di samping menjadi asas bagi meneruskan usaha mengesan asal usul virus," katanya.
Ma berkata, China akan terus menyokong dan terbabit aktif dalam kerja serta program mencari asal usul virus secara saintifik.
Katanya, China menentang gangguan politik dalam pencarian atau sebarang tindakan yang bercanggah dengan resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA).
Sementara itu, Ma menegaskan bahawa WHO dikendalikan oleh negara anggota, maka kerja pencarian asal urus virus juga harus diketuai oleh negara anggotanya.
"Sekretariat WHO harus membincangkan butiran berkaitan dengan negara anggota, menghormati pandangan mereka, khususnya berunding dengan negara anggota serta bersama-sama menyusun pelan tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021

China berpendirian semua usaha mengesan asal usul virus COVID-19 seharusnya dilakukan secara ilmiah oleh saintis serta bebas daripada sebarang gangguan politik demi kesejahteraan manusia sejagat. - Gambar fail/REUTERS

Saya sedia maafkan tapi Zulfarhan tak akan hidup kembali - Ibu
Mereka tidak menyangka mahkamah akan membenarkan rayuan kesemua tertuduh yang menyebabkan kematian anak mereka.

Tujuh inisiatif Alibaba Cloud untuk memacu agenda AI Malaysia
Alibaba Cloud memperkenalkan model, penyelesaian, dan penawaran infrastruktur kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan pada Hari Teknologi AI sulungnya di Malaysia.

PPNP didakwa duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah
2. Jika sabit kesalahan, PPNP boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara.

Malaysia, Thailand 10 negara kelab terbaik Asia, Indonesia nombor 25
Kecemerlangan JDT melayakkan diri ke pusingan 16 ACLE memacu Malaysia dalam ranking Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahap terpuji.
AWANI Ringkas: Enam bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada perkembangan baik dalam perbincangan mengenai Gaza - Trump
Trump berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan yang baik mengenai Gaza dan berpendapat ia akan memberi penyelesaian kepada konflik di Asia Barat.
Agenda Bumiputera perlu berterusan dan dekat dengan PM
Agenda pemerkasaan Bumiputera perlu kekal sebagai keutamaan Kabinet dan sentiasa berada dekat dengan Perdana Menteri bagi memastikan kesinambungannya.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali menegaskan bahawa usaha ini mesti berterusan dan melibatkan semua pihak agar tidak menjadi isu sementara yang dilupakan.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali menegaskan bahawa usaha ini mesti berterusan dan melibatkan semua pihak agar tidak menjadi isu sementara yang dilupakan.
Tiada siasatan kartel beras dibuka - MYCC
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak menjalankan sebarang siasatan terhadap dakwaan kewujudan kartel beras.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail, berkata suruhanjaya itu hanya menjalankan kajian umum mengenai industri beras dan padi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail, berkata suruhanjaya itu hanya menjalankan kajian umum mengenai industri beras dan padi.
MYCC denda lapan syarikat RM92.87 juta
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti sebanyak 92.87 juta ringgit ke atas lapan syarikat kerana terlibat dalam pemanipulasian bidaan bagi tiga tender bernilai RM474 juta.
Penalti ini melibatkan dua tender Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek jalan utama tengah (Central Spine Road) serta satu tender Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelan mitigasi banjir.
Penalti ini melibatkan dua tender Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek jalan utama tengah (Central Spine Road) serta satu tender Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelan mitigasi banjir.

Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.73 bilion
Perolehan untuk tahun di bawah kajian turut meningkat kepada RM22.3 bilion daripada RM21.01 bilion sebelum ini.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.