BAITULMAQDIS: Beratus-ratus pendatang Yahudi menceroboh kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi Palestin.
Menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, seramai 561 pendatang Yahudi membanjiri tapak itu sambil diberi perlindungan ketat oleh polis Israel.
Kumpulan pendatang itu melawat kompleks berkenaan selama kira-kira tiga jam setengah sebelum beredar.
Polis Israel memaksa umat Islam mengosongkan perkarangan masjid, bagi memberi keutamaan kepada pendatang Yahudi, menurut saksi.
Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak tentera Israel menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat, lalu mencetuskan pertempuran dan mencederakan ratusan orang.
BACA: Polis Israel serbu Masjid Al-Aqsa, cetuskan lagi pertempuran
BACA: Polis Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa, sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin cedera - Laporan
Pada Ahad, lebih 700 pendatang Yahudi menceroboh masuk ke kompleks itu untuk meraikan perayaan Passover selama seminggu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Polis Israel memaksa umat Islam mengosongkan perkarangan masjid, bagi memberi keutamaan kepada pendatang Yahudi, menurut saksi. - Foto AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pendatang Yahudi serbu Masjid Al-Aqsa pada Ahad
Pendatang Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur sambil dikawal ketat polis

Masjid jadi kelab malam
Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.