Penunjuk perasaan yang melaungkan slogan dan mengibarkan gambar tebusan berkata, mereka akan terus memprotes sehingga tebusan terakhir dibebaskan.
Pejabat Maklumat Tahanan Palestin berkata, Israel akan membebaskan 110 tahanan dan banduan Palestin termasuk 30 kanak-kanak dan 32 banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Dalam masa sama, lima warga Thailand yang diculik dari Israel juga akan dibebaskan pada Khamis.
Sementara itu, tujuh tebusan telah dibebaskan sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari lalu.