Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump, manakala segelintir berpendapat tiada masalah melihat hubungan antara Trump dan Putin.
Pada masa sama, sebahagian warga Kharkiv berpandangan, Trump perlu mengetahui kedudukan sebenar kedua-dua pihak.
Trump menghubungi Putin buat pertama kali sejak pencerobohan Moscow pada Feb 2022, diikuti kenyataan ketua pertahanannya yang menimbulkan keraguan untuk menamatkan permusuhan di Ukraine secepat mungkin.
Trump dan Putin berbual di telefon dan menyifatkan perbualan lebih sejam itu itu sangat baik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kremlin, dalam perbualan itu juga, Putin menjemput Trump untuk melawat Moscow.
Dalam pada itu, Trump bercakap dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy selepas panggilan dibuat kepada Putin.
Terdahulu, Ukraine cuba segera menjalin hubungan rapat dengan pentadbiran baru Trump, menawarkan perjanjian mineral untuk mendapatkan sokongan AS, sementara pasukan Rusia, yang sudah menduduki satu per lima daripada Ukraine, terus memberi tekanan. - Agensi
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)