ROM: Sebuah penerbangan American Airlines yang dalam perjalanan dari New York ke Delhi terpaksa dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom pada petang Ahad, lapor Agensi Berita Itali ANSA pada Ahad.

Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter Tentera Udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat, menurut laporan itu.

Bagaimanapun, ancaman bom yang dihantar menerusi e-mel kemudiannya disahkan sebagai tidak berasas oleh American Airlines.

Pesawat Boeing 787-9 Dreamliner yang membawa 199 penumpang dan 15 anak kapal itu dijangka meneruskan perjalanan ke destinasi asal pada Isnin.

-- BERNAMA