HEBRON: Warga Palestin di wilayah Tebing Barat khususnya Lembah Jordan dan Masafer Yatta di selatan Hebron, terus menjadi sasaran kacau ganggu peneroka haram Israel hampir setiap hari sejak selepas 7 Okt, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Penduduk yang rata-ratanya pemilik kebun, ladang ternak dan bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian sebagai sumber mata pencarian utama kini terpaksa berputih mata apabila tanah, hasil kebun dan ladang selain kediaman mereka dirampas secara kejam oleh peneroka haram Israel.
Lebih menambahkan tekanan, pelanggaran berkenaan dilakukan oleh sekumpulan peneroka haram berbeza hampir setiap masa, setiap hari dengan kawalan anggota tentera Israel.
Ketua Pengarah Dokumentasi dan Penerbitan di Suruhanjaya Penjajahan & Penentangan Tembok (Colonization & Wall Resistance Commission) Amir Daoud berkata kawasan yang dikawal oleh penjajah sudah mencecah 410,000 dunam (41,000 hektar) di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dengan 90 peratus daripadanya adalah tanah di Lembah Jordan dan Masafer Yatta.
Menurut beliau peratusan besar yang didokumentasikan oleh suruhanjaya berkenaan menunjukkan tahap tekanan yang dihadapi penduduk Palestin ekoran dasar peluasan penjajahan yang seolah tiada penghujung atas nama ‘Pentadbiran Awam’ atau ‘Majlis Kolonial’ bagi menyekat kehidupan rakyat Palestin di jalur timur Tebing Barat.
Selain mengeluarkan notis singkat di bawah nama undang-undang yang digubal bagi tujuan itu, Daoud berkata kerajaan haram Israel juga dilihat tidak bersungguh melarang peneroka haram melakukan rampasan atau serangan ke atas penduduk Palestin.
“Pada kebanyakan masa tentera mereka pula mengiringi kumpulan peneroka dan membantu mereka mengasari penduduk,” katanya.
Menurut pertubuhan bukan kerajaan ‘Peace Now’ yang berpangkalan di Israel, kira-kira 700,000 peneroka haram Yahudi kini tinggal di 146 koloni dan 146 pos rawak yang ditubuhkan di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur.
Youssef Awad, penduduk Masafer Yatta, kesal apabila tidak lagi dapat mengusahakan tanah yang dimilikinya secara bersama dengan bapa saudaranya, seluas hampir 12 hektar akibat larangan penjajah Israel.
“Mereka ambil tanah itu tapi sehingga kini tiada sebarang usaha menanam dibuat.
“Di sini (Masafer Yatta) saja, kira-kira 20,800 hektar tanah meliputi tanah perumahan, pertanian dan padang ragut milik penduduk Palestin sudah dirampas”, katanya.
Perkara tersebut disahkan aktivis hak asasi manusia, Rateb Jabour yang berkata : "Peneroka di Masafer semakin melampau. Mereka merampas beribu-ribu ekar tanah penduduk."
"Belum lagi termasuk tindakan mereka mencuri ternakan, merampas kenderaan, merosak struktur tanah pertanian dan merampas kediaman rakyat," katanya.
Statistik menunjukkan sepanjang tahun lepas, sejumlah 43 jentera pertanian, 293 kenderaan persendirian dan 296 ekor haiwan ternakan dirampas peneroka.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Louay berkata : "Dalam tempoh lima tahun lepas, kami sudah membayar sejumlah 14 ribu Shekel untuk menebus semula traktor kami." (1 Shekel = RM1.29).
Ternakan milik keluarga Daraghmeh di Lembah Jordan turut menjadi mangsa kerakusan peneroka haram.
Arif Daraghmeh yang juga aktivis hak asasi manusia berkata : “Sebulan lalu, peneroka merampas ternakan lembu kami yang ketika itu sedang meragut rumput di utara Lembah Jordan.
“Pihak berkuasa penjajah kemudiannya mengenakan bayaran berjumlah 200 ribu Shekel untuk menebusnya kembali. Kami tiada wang sebanyak itu,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Pelanggaran berkenaan dilakukan oleh sekumpulan peneroka haram berbeza hampir setiap masa, setiap hari dengan kawalan anggota tentera Israel. - Gambar fail/Reuters
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Peneroka haram Israel terus rakus menjarah bumi Palestin
Warga Palestin di wilayah Tebing Barat khususnya Lembah Jordan dan Masafer Yatta di Hebron, terus menjadi sasaran kacau ganggu peneroka haram Israel.