BAMAKO: Seorang pengaman Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (MINUSMA) terbunuh manakala tujuh yang lain cedera parah dalam serangan di utara Mali, lapor Xinhua.
"Saya dengan tegas mengutuk tindakan pengecut terhadap rombongan kami. Kehilangan tragis ini menjadi bukti jelas akan risiko yang dihadapi oleh pengaman kami ketika bekerja tanpa henti untuk membawa kestabilan dan kedamaian kepada rakyat Mali.
"Keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman tetap menjadi keutamaan," kata ketua MINUSMA, El-Ghassim Wane.
Beliau berkata bahawa segala usaha akan dilakukan untuk "memperkukuh perlindungan menghadapi cabaran keselamatan yang semakin meningkat di Mali."
Menurut Wane, sejak penempatan MINUSMA pada 2013, seramai 190 pengaman telah kehilangan nyawa manakala beratus-ratus lagi cedera akibat "tindakan musuh" terhadap mereka.
Mandat MINUSMA berlangsung sehingga 30 Jun 2023.
Misi utamanya termasuk menyokong pelaksanaan Perjanjian Keamanan dan Rekonsiliasi di Mali serta membantu peralihan politik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Sejak penempatan MINUSMA pada 2013, seramai 190 pengaman telah kehilangan nyawa manakala beratus-ratus lagi cedera akibat "tindakan musuh" terhadap mereka. - Gambar fail/ Reuters

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Lapan rakyat Austria cedera dalam serangan Israel ke atas UNIFIL di Lubnan
Serangan ke atas pasukan pengaman (PBB) adalah pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan sama sekali tidak boleh diterima.

Dua anggota pengaman Indonesia cedera dalam serangan IDF di selatan Lubnan
Kedua-dua anggota itu alami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal IDF ketika sedang memantau dari menara pengawal di Naqoura pada Khamis.

Presiden UNGA kecam serangan Israel terhadap pengaman PBB di Lubnan
Philemon Yang kecam serangan Israel terhadap kedudukan pasukan pengaman PBB di Lubnan yang mencederakan dua anggota pengaman PBB di Lubnan.

Dua anggota pengaman PBB cedera dalam serangan Israel di selatan Lubnan
IDF juga lepaskan tembakan ke arah sebuah kedudukan UNIFIL di Labbouneh, mengenai pintu masuk ke bunker tempat anggota pengaman berlindung.

Tiga pasukan pengaman PBB cedera ringan dalam 'letupan' di selatan Lubnan
Ketiga-tiga mangsa cedera ringan apabila letupan berlaku berhampiran kenderaan PBB di sekitar Yarine, di selatan Lubnan.

Mat Sabu menjejakkan kaki di bumi Lubnan...
Mohamad Sabu buat julung kalinya menjejakkan kaki di kem tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan sebagai Menteri Pertahanan.