LONDON: Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.
Demikian tegas anak bongsu Suu Kyi disertai desakan terhadap kerajaan barat untuk melakukan lebih usaha bagi meningkatkan tekanan terhadap junta.
Pengampunan ke atas lima daripada 19 kesalahan yang disabitkan itu bermakna enam tahun akan ditolak daripada keseluruhan hukuman penjara 33 tahun Suu Kyi.
Bagaimanapun, anaknya, Kim Aris yang merupakan warga Britain, menyamakan langkah itu sebagai langkah propaganda.
Ia sebagai langkah bagi memperlihatkan dan memperbaiki imej junta tentera Myanmar.
Myanmar bergolak sejak awal 2021, apabila tentera menggulingkan kerajaan yang dipilih dan bertindak keras terhadap penentang pemerintahan tentera, dengan beribu-ribu dipenjarakan atau dibunuh.
Suu Kyi telah memenangi pilihan raya 2015, yang diadakan sebagai sebahagian daripada langkah reformasi ketenteraan dan partinya menang sekali lagi pada 2020 sebelum tentera mendakwa wujud penipuan pilihan raya.
Pemenang Nobel berusia 78 tahun itu menafikan semua pertuduhan yang disabitkan termasuk hasutan, penipuan pilihan raya dan rasuah.
Astro Awani
Thu Aug 03 2023
![Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691016813_KimAristhesonof.jpg)
Kim Aris yang merupakan warga Britain, menyamakan langkah itu sebagai langkah propaganda. - Foto REUTERS
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
AI akan cipta pekerjaan baharu - PM India
Perdana Menteri India, Narendra Modi yakin teknologi baharu tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan sebaliknya percaya kecerdasan buatan (AI) akan mencipta pekerjaan baharu.
Kerajaan giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital
Kementerian Digital giat berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di rantau Asia Tenggara.
Malaysia patut contohi Singapura jika mahu hapuskan korupsi
Ini bukan waktunya lagi untuk Malaysia melaungkan negara ini antirasuah tetapi tindakan ke arah itu tidak memberangsangkan.
Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan sebaliknya berpendapat, usaha itu mungkin memberikan hasil positif jika Malaysia dapat belajar daripada Singapura yang merupakan negara di Asia Pasifik paling kurang rasuah.
Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan sebaliknya berpendapat, usaha itu mungkin memberikan hasil positif jika Malaysia dapat belajar daripada Singapura yang merupakan negara di Asia Pasifik paling kurang rasuah.
Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkata, pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkatkan langkah-langkah penambaikan strategik untuk melonjakkan kedudukan negara dalam CPI.
Enam ditahan sindiket penipuan pinjaman peribadi
Seorang pegawai institusi kewangan antara enam individu ditahan, dipercayai terlibat dalam penipuan urusan pembiayaan peribadi, institusi kewangan rugi RM1.325 juta.
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian anak bongsu pasangan itu, dikongsi oleh Zaquan, yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan di Instagram Story pada Selasa petang.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702625390_NajibTunRazak.jpg)
Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters
Pengampunan separa dan pengurangan denda terhadap hukuman Datuk Seri Najib Razak mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada dunia.
![Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691016813_KimAristhesonof.jpg)
Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak
Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.