GAZA: Pengarah Hospital Al-Aqsa menyeru masyarakat antarabangsa untuk mencegah 'malapetaka sebenar' jika kemudahan perubatan dan pekerja kesihatan tidak dilindungi dalam perang berterusan di Gaza.
Jelas Dr Iyad Abu Zaher, sekiranya ia berlaku, pihaknya tidak lagi mempunyai peluang menyediakan perkhidmatan perubatan kepada rakyat Palestin yang akan dibiarkan meninggal dunia di jalanan.
"Kami menyeru masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan semua badan antarabangsa untuk melindungi kakitangan perubatan dan hospital kami.
"Hari ini kami berada di ambang malapetaka yang nyata, yang mana jika ia berlaku, kami tidak akan mempunyai satu pun peluang untuk menyediakan sebarang perkhidmatan perubatan kepada rakyat kami yang akan dibiarkan mati di jalanan,” katanya.
Pada sidang akhbar di luar hospital, koordinator pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Sean Casey berkata, Hospital Al-Aqsa sedang bergelut dengan ramai pesakit dan kekurangan kakitangan untuk menjaga mereka.
Justeru beliau menegaskan, kemudahan dan pekerja kesihatan mesti dilindungi bagi memastikan pesakit mendapat rawatan.
"Satu permintaan yang dibuat oleh pengarah hospital kepada kami ialah perlindungan kemudahan kesihatan yang mana kami terus katakan adalah penting. Kemudahan kesihatan mesti dilindungi. Pekerja kesihatan mesti dilindungi. Pesakit mesti selamat dalam mengakses penjagaan.
"Apa kita lihat adalah sebuah hospital yang benar-benar bergelut dengan ramai mangsa dan sangat sedikit pekerja untuk menjaga mereka. Itu sebahagiannya kerana pekerja takut untuk datang ke sini. Pekerja telah melarikan diri ke kawasan di selatan Gaza. Jadi, kita perlu terus melindungi kemudahan kesihatan," katanya.
Serangan Israel ke atas Gaza sehingga kini sudah mengorbankan lebih 22,000 penduduk dan mencederakan 58,000 yang lain.
Dua per tiga daripada korban itu adalah dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.
Astro Awani
Mon Jan 08 2024
Rakyat Palestin yang cedera susulan serangan tentera rejim Zionis Israel di Khan Younis dikejarkan ke hospital. - Foto AP
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Pengarah Hospital Al-Aqsa seru perlindungan
Hospital Al-Aqsa sedang bergelut dengan ramai pesakit dan kekurangan kakitangan untuk menjaga mereka.
'Tiada tempat selamat di Gaza'
Hampir semua kawasan di Gaza telah musnah dalam pengeboman darat dan udara tentera zionis ketika konflik yang berlangsung lebih dua bulan.