Tiga orang pengasas kempen yang membantu mencetuskan protes pro-demokrasi di Hong Kong akhirnya menyerah diri di balai polis.
Ketiga-tiga mereka adalah Professor Benny Tai Yiu-Ming, Chan Kin-Man dan Chu Yiu-Ming sepakat mengakhiri protes yang berlarutan sejak dua bulan lalu.
Meskipun masih belum didakwa, namun pihak berkuasa memaklumkan, tindakan mereka itu menyalahi undang-undang negara.
Tindakan mereka mendorong beberapa penunjuk perasaan lain untuk turut sama menyerah diri.
Dalam pada itu, penyerahan diri tiga pengasas kempen itu juga dijangka memberi impak kepada golongan pelajar yang merupakan sebahagian besar daripada penunjuk perasaan.
Ia termasuk tiga pelajar termasuk pemimpin protes, Joshua Wong yang mengadakan mogok lapar di Hong Kong turut menghantar surat terbuka kepada Ketua Eksekutif, Leung Chun-Ying.
Surat tersebut bagi menggesa kerajaan memulakan semula rundingan reformasi politik.
Joshua Wong bersama dua lagi pelajar mengumumkan mogok lapar pada lewat malam Isnin sebagai tanda protes menuntut hak untuk mencalonkan pemimpin pada Pilihan Raya 2017 selepas Beijing menegaskan hanya calon yang dipersetujui mereka boleh mengambil bahagian.
Protes terhadap kerajaan telah berlanjutan sejak dua bulan lalu.
Bagaimanapun, penunjuk perasaan mula berkurangan di tapak protes di ibu kota Hong Kong itu.
Malah Joshua juga akur dan hormat dengan keputusan tiga penganjur occuppy Hong Kong yang menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Agensi
Wed Dec 03 2014

Benny Tai serah diri kepada polis di Hong Kong pada Rabu. Beliau berkata kempen pro-demokrasi yang diketuainya kini akan mengambil pendekatan melalui pendidikan, antaranya, untuk mencapai matlamat mereka. - Gambar AFP/Johannes Eisele

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Benny Tai dipecat susulan peranan dalam protes 2014
Pemecatannya dianggap menamatkan kebebasan akademik.

Pengasas kempen protes pro-demokrasi Hong Kong serah diri
Benny Tai Yiu-Ming, Chan Kin-Man dan Chu Yiu-Ming akhirnya menyerah diri di balai polis di Hong Kong pada Rabu.