PENGAWAL peribadi Raja Salman Abdulaziz dilaporkan terbunuh selepas ditembak oleh rakan baiknya sendiri pada Sabtu.
Jeneral Abdel Aziz al-Fagham dikatakan berkunjung ke kediaman rakannya, Mamdouh bin Meshaal Al Ali pada Sabtu malam sebelum tercetus pertengkaran antara mereka.
Jurucakap pihak berkuasa Arab Saudi berkata, selepas bertelagah, Ali kemudian meninggalkan kediamannya itu sebelum kembali membawa pistol dan melepaskan tembakan ke arah Fagham.
Bagaimanapun, Ali kemudiannya ditembak mati oleh pengawal peribadi Fagham kerana suspek enggan menyerah diri.
Media antarabangsa melaporkan, insiden berkenaan berlaku akibat perselisihan peribadi antara mereka, namun tiada sebarang butiran lanjut diberikan pihak polis.
Kejadian berkenaan juga dilaporkan berlaku di luar waktu tugas Fagham sebagai pengawal Raja Arab Saudi itu.
Selain Fagham, tujuh mangsa lain pula dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan termasuk pasukan keamanan.
Kelibat Fagham sering kelihatan di sisi Raja Salman dan beliau merupakan seorang personaliti yang dikenali dalam kalangan masyarakat Arab Saudi.
Laporan media antarabangsa turut menyebut, Fagham seorang yang sangat rapat dengan Raja Salman selain pernah berkhidmat dengan Allahyarham Raja Abdullah yang sebelum ini memerintah Arab Saudi.
Agensi
Sun Sep 29 2019
Kelibat Fagham sering kelihatan di sisi Raja Salman dan beliau merupakan seorang personaliti yang dikenali dalam kalangan masyarakat Arab Saudi. - Gambar fail AP
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Pengawal peribadi Raja Arab Saudi mati ditembak rakan sendiri
Pengawal peribadi Raja Salman Abdulaziz dilaporkan terbunuh selepas ditembak oleh rakan baiknya sendiri