LONDON: Majlis pengebumian Ratu Elizabeth II di London hari ini dijangka menjadi perhimpunan diplomatik terbesar sejak Sukan Olimpik pada 2012.
Menurut AFP, selain kerabat diraja, kira-kira 500 pemimpin dunia serta pembesar asing dijadualkan hadir memenuhi Westminster Abbey yang mempunyai ruang untuk kira-kira 2,000 orang.
Antara yang hadir adalah termasuk Maharaja Jepun Naruhito dan Maharani Masako, Raja Harald V dari Norway, Putera Albert II dari Monaco, Raja Belanda, Willem-Alexander, Raja Sweden Carl XVI Gustaf dan Raja Belgium, Philippe.
Selain itu, Permaisuri Denmark, Margrethe II, juga membatalkan satu siri acara menandakan jubli ke-50, bagi menghadiri upacara pengebumian mendiang.
Selain itu, Raja Sepanyol, Felipe VI juga akan berada di sana bersama isterinya, Ratu Letizia termasuk bapanya yang kini tinggal dalam buangan di Emiriah Arab Bersatu.
Walaupun Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, dan pemerintah de factonya dijemput, namun beliau disahkan tidak akan hadir.
Selain itu, isteri Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky iaitu Olena, juga kelihatan selepas beliau melawat keranda ratu di Westminster Hall pada Ahad lalu.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan isterinya Jill akan mengetuai senarai tetamu diplomatik dan terbang ke Britain lewat Ahad, turut memberi penghormatan di hadapan keranda pada Isnin.
Istana Elysee berkata, Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan hadir bagi menunjukkan ikatan yang 'tidak dapat dipisahkan' dengan Britain serta memberi penghormatan kepada ‘ratu abadi’.
Presiden Recep Tayyip Erdogan dari Turki dan Jair Bolsonaro dari Brazil juga akan datang, manakala China akan menghantar naib presidennya, Wang Qishan, atas jemputan kerajaan UK.
Walaupun Britain sudah berpisah melalui Brexit daripada Kesatuan Eropah, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan Ketua Majlis Eropah Charles Michel juga akan hadir memberi penghormatan.
Antara ketua negara lain hadir pengebumian itu termasuk Presiden Itali, Sergio Mattarella, Frank-Walter Steinmeier (Jerman), Isaac Herzog (Israel) dan Yoon Suk-yeol (Korea Selatan).
Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin juga hadir memberi penghormatan kepada mendiang yang pernah melakukan lawatan pada 2011 ke negara itu membantu memulihkan ketegangan berdekad lamanya.
Pembesar lain yang hadir adalah Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese dan New Zealand, Jacinda Ardern.
Pemimpin juga akan datang dari 56 negara Komanwel, termasuklah Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dan Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama.
Di sebalik hubungan yang tegang, UK juga memilih hanya menjemput duta, bukan ketua negara, iaitu dari beberapa negara antaranya Iran, Nicaragua dan Korea Utara.
Namun demikian, Rusia dan Belarus adalah antara sekumpulan kecil negara yang dikecualikan sama sekali berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.
Negara lain yang tidak dijemput ialah Myanmar, Syria, Venezuela, dan Afghanistan yang dikuasai Taliban.
Astro Awani
Mon Sep 19 2022
![Pengebumian Ratu Elizabeth II jadi perhimpunan diplomatik terbesar sejak Olimpik 2012 Pengebumian Ratu Elizabeth II jadi perhimpunan diplomatik terbesar sejak Olimpik 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663579526_biden.jpg)
Selain kerabat diraja, kira-kira 500 pemimpin dunia serta pembesar asing dijadualkan hadir memenuhi Westminster Abbey mempunyai ruang untuk kira-kira 2,000 orang. - Gambar AP
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725772953_tbBritainsQueenEl.jpg)
St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London.
![Raja Charles III miliki tabiat pelik? Ini info menarik tentang Raja Britain baharu Raja Charles III miliki tabiat pelik? Ini info menarik tentang Raja Britain baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683471500_TBKingCharles.jpg)
Raja Charles III miliki tabiat pelik? Ini info menarik tentang Raja Britain baharu
Meskipun bergelar seorang raja, baginda tetap seorang manusia biasa yang mempunyai tabiat dan hobi yang tidak diketahui orang ramai.
![Raja Charles III sukar menandingi kegemilangan pemerintahan mendiang ibu Raja Charles III sukar menandingi kegemilangan pemerintahan mendiang ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683414308_KingCharles.jpg)
Raja Charles III sukar menandingi kegemilangan pemerintahan mendiang ibu
Pengaruh Raja Britain baharu iaitu Raja Charles III dilihat sukar menandingi era kegemilangan pemerintahan mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II.
![Rakyat Britain di Malaysia raikan pertabalan bersejarah Raja Charles III Rakyat Britain di Malaysia raikan pertabalan bersejarah Raja Charles III](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683412107_CharlesHay.jpg)
Rakyat Britain di Malaysia raikan pertabalan bersejarah Raja Charles III
Majlis tontonan istiadat pertabalan itu dihadiri 80 tetamu termasuk 20 ketua perwakilan diplomatik di Malaysia.
![Raja Charles III kini ditabal sebagai Raja Britain Raja Charles III kini ditabal sebagai Raja Britain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683372946_BritainCoronation.jpg)
Raja Charles III kini ditabal sebagai Raja Britain
Istiadat kemahkotaan Raja Britain Raja Charles III telah berlangsung Westminster Abbey London pada Sabtu.
![Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Polis London tahan beberapa individu mencurigakan Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Polis London tahan beberapa individu mencurigakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683365423_BritainCoronation.jpg)
Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Polis London tahan beberapa individu mencurigakan
Polis Metropolitan London memaklumkan terdapat penangkapan beberapa para penentang kerajaan anti-monarki di kota itu pada pagi ini.
![Camilla Shand: Apa yang perlu anda tahu mengenai bakal Permaisuri Britain? Camilla Shand: Apa yang perlu anda tahu mengenai bakal Permaisuri Britain?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683208061_QueenConsort.jpg)
Camilla Shand: Apa yang perlu anda tahu mengenai bakal Permaisuri Britain?
Dengan pertabalan Raja Charles III menaiki takhta, Camilla bakal menjadi Permaisuri Britain yang baharu sekali gus mengambil peranan baharu di sisi Raja Charles III.
![Pertabalan Raja Charles III: Kenali latar belakang bekas Putera Wales Pertabalan Raja Charles III: Kenali latar belakang bekas Putera Wales](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683197558_KingCharlesIII.jpg)
Pertabalan Raja Charles III: Kenali latar belakang bekas Putera Wales
Raja Charles III atau nama sebenarnya Charles Philip Arthur George merupakan putera sulung kepada Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 14 November 1948 di Buckingham Palace, London, England.
![Istiadat pertabalan: Raja Charles III ambil jalan lebih dekat Istiadat pertabalan: Raja Charles III ambil jalan lebih dekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681085033_TBKingCharles.jpg)
Istiadat pertabalan: Raja Charles III ambil jalan lebih dekat
Ini berbeza daripada jalan perarakan yang pernah diambil bondanya Ratu Elizabeth II pada tahun 1953.
![Raja Charles tiba di Jerman, negara pertama dilawati Raja Charles tiba di Jerman, negara pertama dilawati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680137034_TBGERMANY.jpg)
Raja Charles tiba di Jerman, negara pertama dilawati
Raja Charles memilih untuk melawat Jerman, negara pertama dikunjunginya selepas menaiki takhta tahun lepas.