KUALA LUMPUR: Langkah Jepun untuk membenarkan pelancongan dan perjalanan bebas tanpa visa dalam situasi mata wang yen yang lebih rendah akan meningkatkan pelancongannya, termasuk menarik lebih ramai pengunjung dari Malaysia dan merangsangkan pemulihan sektor yang paling teruk terjejas ekoran pandemik COVID-19.
Pengarah Eksekutif Pejabat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) Kuala Lumpur, Fumi Matsumoto berkata pengumuman terbaharu mengenai pelonggaran sekatan perjalanan dijangka melonjakkan ekonomi dengan pelancongan masuk diunjurkan meningkat dibantu oleh penyusutan nilai yen.
Berkuat kuasa 11 Okt 2022, Jepun akan menerima semula perjalanan individu dan kemasukan tanpa visa untuk pelancong asing serta memansuhkan had ketibaan harian.
Sebelum ini, pelancong hanya boleh melakukan perjalanan ke Jepun menerusi pakej pelancongan.
"Pengembara ke Jepun akan mendapat lebih banyak manfaat daripada aktiviti makan dan beli-belah berikutan yen lemah walaupun harga pakej pelancongan meningkat 20 hingga 30 peratus disebabkan harga bahan api yang melambung tinggi dan pengaturan perjalanan normal baharu," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Beliau berkata hubungan dua hala yang terjalin sejak sekian lama dan Dasar Pandang Ke Timur (DPT) yang meraikan ulang tahun ke-40 tahun ini, akan terus menggalakkan rakyat Malaysia melawat Jepun termasuk tiga destinasi pilihan utama iaitu Hokkaido, Tokyo dan Osaka.
Bagi pihaknya, JNTO telah mempromosikan daya tarikan Jepun walaupun semasa pandemik dan kini berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan ketibaan pelancong Malaysia di Jepun sejak sekatan kemasukan sempadan dilonggarkan secara beransur-ansur mulai 10 Jun, 2022.
Matsumoto berkata walaupun sekatan perjalanan, dengan pelancong perlu melakukan perjalanan melalui pakej pelancongaan, telah dilonggarkan namun bakal pelancong perlu mengemukakan sama ada sijil vaksinasi COVID-19 bagi tiga dos vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau keputusan PCR negatif yang telah dilakukan dalam masa 72 jam sebelum meninggalkan negara asal.
Jepun menarik kira-kira setengah juta pelancong dari Malaysia sebelum pandemik pada 2019.
"Kami menjangkakan angka ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk kembali kepada paras yang sama sebelum pandemik," katanya sambil menambah 1,600 rakyat Malaysia telah melawat Jepun pada Julai 2022.
Kira-kira 468,360 rakyat Malaysia melawat Jepun pada 2018 dan 501,592 pada 2019 sebelum pandemik melanda.
JNTO baru-baru ini menganjurkan Pameran Pelancongan Jepun (JTF) 2022 secara hibrid mulai 12 hingga 21 Sept, mempromosikan pelancongan ke Jepun.
Kembali diadakan selepas tiga tahun dan pada ulang tahun ke-40 DPT, acara langsung JTF 2022 di Pusat Beli-belah Tropicana Gardens dari 16 hingga 18 Sept itu menampilkan 21 organisasi yang mengambil bahagian dan acara dalam talian yang boleh diikuti menerusi laman web JNTO mempunyai 26 organisasi.
Matsumoto berkata lebih 60,000 pengunjung direkodkan bagi JTF 2022 secara fizikal manakala menerusi dalam talian pula mencatatkan lebih 90,000 pengunjung, satu petanda bahawa rakyat Malaysia tidak sabar untuk melawat Jepun lagi.
JTF 2022 menyaksikan 13 kerajaan wilayah Jepun dan organisasi berkaitan mengambil bahagian dalam talian untuk mempromosikan wilayah masing-masing seperti Okinawa yang memilki pantai yang indah, dengan "tujuh daripadanya telah datang ke Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada JTF 2022".
Sejumlah 31.8 juta pelancong di seluruh dunia melawat Jepun pada 2019.
Sara Yong dari Biro Pelancongan Jepun berkata sambutan terhadap JTF 2022 adalah sangat baik memandangkan ramai yang telah membeli tiket dan menempah lawatan prarancangan untuk musim bunga sakura.
Dari akhir Mac hingga pertengahan April atau awal Mei, bunga sakura yang menjadi ikon negara itu menarik perhatian pengunjung dan penduduk tempatan apabila bunga-bunga indah ini menjadi hamparan melitupi Jepun dengan keindahan warna merah jambu lembut.
"Sekarang dengan pembukaan semula sempadan, mereka tidak sabar untuk kembali ke Jepun selepas dua tahun tidak berbuat demikian, dan kami menerima banyak pertanyaan untuk urusan lawatan dan perjalanan.
"Di Hokkaido, pelancong Malaysia suka menikmati musim sejuk dan salji," katanya, merujuk kepada hakikat bahawa rakyat Malaysia tidak perlu pergi jauh hingga ke barat, sebaliknya hanya berkunjung ke negara terdekat untuk mengalami musim sejuk.
Beliau berkata JNTO telah mempromosikan Jepun sebagai destinasi pelancongan melalui Facebook, Instagram dan laman webnya serta kempen dalam talian untuk menarik dan memperkenalkan permata Jepun kepada rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
Berkuat kuasa 11 Okt 2022, Jepun akan menerima semula perjalanan individu dan kemasukan tanpa visa untuk pelancong asing serta memansuhkan had ketibaan harian. - Foto REUTERS
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin
Pelajar itu dikenali sebagai Hannani, 21, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Kure Kosen, Hiroshima, Jepun.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Yoshiasa Hayashi berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran Trump untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Jepun dan AS.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan dan keletihan selepas bencana sejak 1995
Jumlah sebenar kematian berkaitan bencana dipercayai lebih tinggi daripada yang didaftarkan, kerana keluarga perlu memohon untuk mendapat penetapan itu.
Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan
Pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.