
Angkatan Pertahanan Israel menjadikan Hashem Safieddine sebagai sasaran baharu. - Gambar Reuters
BEIRUT: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Seorang pegawai tentera Israel memberitahu CNN, Hashem disasarkan dalam serangan Beirut antara Khamis dan Jumaat.
Hashem disebut-sebut sebagai pengganti Allahyarham Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan Israel minggu lalu.
Sehingga kini, masih belum jelas sama ada serangan yang berlaku di Beirut itu meragut nyawa Hashem. -
Agensi


'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews