KEMAMAN: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah pikap .
Nahas berlaku di Kilometer 122, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran bandar Kerteh di sini pada pukul 2.45 petang Sabtu.
Mangsa, Mohd Helmi Faizal, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Allahyarham yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di bandar Kerteh dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas selesai menghantar pesanan makanan pelanggan di Paka, Dungun.
Setiba di lokasi, motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang mangsa dikatakan gagal mengelak sebuah pikap di hadapannya yang secara tiba-tiba memasuki laluan kiri.
Mangsa yang melanggar bahagian kiri belakang terperosok di bawah kenderaan tersebut dan berjaya dikeluarkan orang ramai.
Sepasukan anggota perubatan dari Klinik Kesihatan Kijal yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima
laporan kejadian berkenaan.
Menurut beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, 1987.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
Astro Awani
Sat Sep 18 2021
![Penghantar makanan maut, motosikal ditunggang langgar pikap Penghantar makanan maut, motosikal ditunggang langgar pikap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600099809_MotorsikalKemalangan.jpg)
Motosikal ditunggang mangsa gagal mengelak sebuah pikap di hadapannya yang secara tiba-tiba memasuki laluan kiri. - Gambar hiasan
![1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS 1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739246839_ScottsdaleAirport.jpg)
1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS
Sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan dan melanggar jet perniagaan 'Gulfstream 200' yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.
[TERKINI] Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
![Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735790030_singapore.jpg)
Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.
![Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739245878_TBNANCY.jpg)
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
AWANI Ringkas: Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028 Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739245374_haosek.jpg)
Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.
![Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739245239_pukulanak.jpg)
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pekerja kantin ditahan di bilik sewanya sekitar pukul 11.30 malam tadi.
AWANI Pagi: Dari Kimia ke Komuniti: Inspirasi Wanita dalam STEM
Hari Antarabangsa Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dalam Sains disambut pada 11 Februari setiap tahun. #AWANIPagi membawakan kisah inspirasi Prof. Madya Chm Dr. Noraini Ahmad, yang bukan sahaja merupakan seorang pakar kimia malah kini Pengarah, Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares).
Perubahan iklim: Beza negara membangun dan maju
Negara maju tetapkan cara untuk atasi perubahan iklim namun negara membangun akan terima tempias ekonomi. Adakah pahaman berbeza ini menyukarkan lagi keadaan?
2025 Talent Race: Winning strategies for growth & retention
As Malaysia heads into 2025, businesses face rising competition for top talent amid economic expansion and policy shifts. How can companies navigate workforce challenges, retain skilled professionals, and stay ahead in a rapidly evolving job market? Associate Director, Robert Walters Malaysia, Marie Lee shares insights into hiring outlook for 2025, key aspects business leaders and HR professionals need to know and best practices to fortify their talent strategies to set up for a successful year ahead.
![Penghantar makanan maut bertembung lori Penghantar makanan maut bertembung lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697511469_Penghantarmakanan.jpg)
Penghantar makanan maut bertembung lori
Penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah lori manakala penunggang basikal tercampak di bahu jalan dan mengalami kecederaan ringan.
![Penghantar makanan maut, motosikal ditunggang langgar pikap Penghantar makanan maut, motosikal ditunggang langgar pikap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600099809_MotorsikalKemalangan.jpg)
Penghantar makanan maut, motosikal ditunggang langgar pikap
Motosikal ditunggang mangsa gagal mengelak sebuah pikap di hadapannya yang secara tiba-tiba memasuki laluan kiri.
![Penghantar makanan maut langgar lori Penghantar makanan maut langgar lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630704999_TBMaut.jpg)
Penghantar makanan maut langgar lori
Mangsa dipercayai keluar untuk menghantar makanan namun berlanggar dengan lori berkenaan apabila sampai di lokasi kejadian.