Penasihat Keselamatan Kebangsaan Afghanistan Hamdullah Mohib memuji keberanian pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya presiden pada Sabtu.
Menurutnya, mereka sanggup menggadaikan nyawa bagi memastikan perubahan berlaku melalui proses demokrasi.
"Tumpuan pada pilihan raya ini ialah untuk memastikan bahawa kita dapat melaksanakannya dengan setelus mungkin.
"Terdapat beberapa mekanisme yang diperkenalkan, termasuk penggunaan peranti biometrik, pelekat pada Tazkiras - kad pengenalan kebangsaan, dan juga senarai pengundi.
"Adakah ia sudah sempurna? Sudah tentu tidak. Tidak ada proses yang betul-betul sempurna, tetapi dari perspektif teknikal, ia lebih baik - mungkin pilihan raya terbaik yang kita alami setakat ini," kata Hamdullah.
BACA: Pilihan raya Presiden Afghanistan: Proses kiraan undi bermula
Malah, katanya, pengundi tidak mempedulikan ancaman yang dikeluarkan puak Taliban yang mahu menganggu-gugat keselamatan negara.
Menurutnya, selepas undian ditutup, lebih 68 serangan, kebanyakannya pelancar roket, dilancarkan Taliban di seluruh negara.
Sekurang-kurangnya lima terbunuh, termasuk seorang pegawai polis, dalam serangan tersebut.
Sebanyak 4,942 pusat pengundian dibuka bagi membolehkan 9.6 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Hamdullah memaklumkan, pilihan raya Afghanistan ini turut diawasi 26,000 pemerhati asing.
Lima tahun lalu, pilihan raya presiden dicemari dakwaan penyelewengan undi sehingga mendorong kepada penangguhan pengumuman keputusan.
Astro Awani
Sun Sep 29 2019

Pengundi wanita beratur di luar sebuah pusat mengundi di satu kejiranan di Kabul, Afghanistan, 28 Sept, 2019. (Foto AP)
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan

Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.

Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.

Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.

Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.

Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.

150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.

Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.

Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.