BANGKOK: Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan (27 Julai) untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini selepas pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat telah ditolak.
Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata parti politik akan mencalonkan calon perdana menteri, dan kemudian perbahasan akan diadakan, tetapi Pita tidak boleh dicalonkan semula kerana ia bertentangan dengan Perkara 41 Perlembagaan.
"Seorang calon hanya boleh dicalonkan sekali dalam setiap sidang parlimen," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Wan Muhamad Noor berkata seorang perdana menteri mesti memperoleh 375 undi yang diperlukan dalam persidangan bersama.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 Mei, MFP memenangi 151 kerusi dan memperoleh lebih 14.2 juta undi dan mengetuai gabungan lapan parti yang menguasai 312 daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.
Pheu Thai memenangi 141 kerusi dan merupakan parti kedua terbesar dalam gabungan itu.
Bagaimanapun, Pita sebagai calon tunggal perdana menteri sekadar meraih 324 undi, manakala 182 undi menentang dan 199 berkecuali dalam pengundian pusingan pertama pada 13 Julai lalu.
Seramai 705 orang ahli yang hadir pada persidangan itu. Hanya 13 daripada 249 senator (seorang meletak jawatan) menyokong Pita dengan selebihnya mengundi menentangnya atau berkecuali.
Pada Rabu (16 Julai), usaha Pita untuk menjadi perdana menteri berkubur, selepas Mahkamah Perlembagaan mengeluarkan perintah beliau digantung daripada parlimen.
Mahkamah akan memutuskan sama ada beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana bertanding dalam pilihan raya sedangkan memiliki saham dalam syarikat media yang sudah tidak beroperasi.
Undang-undang pilihan raya Thailand melarang mereka yang memiliki saham dalam syarikat media daripada bertanding dalam pilihan raya.
Pita didakwa tidak layak bertanding kerana memegang saham dalam sebuah syarikat media ketika mendaftar sebagi calon.
Selepas bidaan Pita gagal, gabungan lapan parti pimpinan MFP dijangka mencalonkan Srettha Thavisin dari parti Pheu Thai, seorang hartawan hartanah dan muka baharu dalam arena politik Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
![Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689841646_Thailandsparliame.jpg)
Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata parti politik akan mencalonkan calon perdana menteri, dan kemudian perbahasan akan diadakan. - Gambar fail/REUTERS
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739958065_HajijiNoor.jpg)
Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
![Hartawan hartanah, Srettha Thavisin, peroleh undi mencukupi untuk dilantik sebagai PM Thailand Hartawan hartanah, Srettha Thavisin, peroleh undi mencukupi untuk dilantik sebagai PM Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692698433_thailand.jpg)
Hartawan hartanah, Srettha Thavisin, peroleh undi mencukupi untuk dilantik sebagai PM Thailand
Srettha Thavisin memperoleh lebih 374 undi, lantas memecahkan kebuntuan lantikan perdana menteri pasca pilihan raya umum 14 Mei lalu.
![Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669110173_ThailandFlag.jpg)
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
![Bekas perdana menteri dipilih Speaker Parlimen Thailand Bekas perdana menteri dipilih Speaker Parlimen Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558824734_TBCHUANLEEKPAI.jpg)
Bekas perdana menteri dipilih Speaker Parlimen Thailand
Chuan Leekpai dari Demokrat dipilih sebagai Speaker Parlimen Thailand yang baharu.