Beberapa menteri luar ASEAN melahirkan kebimbangan terhadap isu penambakan, pendudukan dan insiden serius yang berlaku di Laut China Selatan yang dipertikaikan.
Dalam kenyataan bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-52 di Bangkok, menteri luar ASEAN berkata situasi itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan, meningkatkan ketegangan dan boleh menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini.
"Kami menegaskan keperluan untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bersama, menahan diri daripada melakukan pendudukan dan mengelak tindakan yang boleh merumitkan lagi situasi serta meneruskan resolusi damai terhadap pertikaian berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982 (UNCLOS)," menurut kenyataan itu.
Menteri-menteri juga menekankan pentingnya penyelesaian bukan ketenteraan dan kawalan diri dalam menjalankan semua kegiatan oleh pihak yang menuntut dan negara lain, termasuk yang disebutkan dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan (DOC) di Laut China Selatan, yang boleh merumitkan lagi keadaan dan meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan.
Dalam kenyataan bersama itu juga, menteri-menteri luar mengalu-alukan rundingan antara ASEAN dan China ke arah kesimpulan awal Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan yang berkesan dan substantif yang disasarkan untuk dimuktamadkan dalam tempoh tiga tahun.
Kenyataan itu menyebut para menteri luar turut menyambut baik usaha menyelesaikan bacaan pertama Teks Rundingan Draf Tunggal CoC.
"Kami menegaskan keperluan untuk mengekalkan dan menggalakkan persekitaran yang kondusif ke arah rundingan CoC, justeru mengalu-alukan langkah praktikal yang boleh mengurangkan ketegangan dan risiko kemalangan, salah faham dan salah perhitungan.
"Kami menekankan kepentingan menanam keyakinan dan melaksanakan langkah pencegahan bagi meningkatkan antaranya, kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pihak-pihak, dan kami mengesahkan kepentingan menegakkan undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982," kata kenyataan itu.
Pada Rabu, Menteri Luar China Wang Yi berkata ASEAN dan China telah selesai dalam bacaan pertama Teks Rundingan Draf Tunggal mengenai CoC di Laut China Selatan lebih awal daripada jadual.
Beliau berkata ia merupakan satu kemajuan dan langkah utama ke arah matlamat memuktamadkan rundingan dalam tempoh tiga tahun.
Ketegangan semakin meningkat di Laut China Selatan berikutan kejadian baru-baru ini membabitkan kapal China, Vietnam dan Filipina yang mana China menyalahkan Amerika Syarikat kerana menjejaskan keselamatan dengan menimbulkan persaingan strategik dan memperhebatkan perlumbaan senjata serantau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (dua, kanan) dan rakan sejawat dari Russia Sergey Lavrov (dua, kiri) ketika mengadakan mesyuarat dua hala di luar Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-52 di Bangkok, 31 Julai, 2019. --fotoBERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.