JAKARTA: Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa, kata seorang sarjana, lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
"Kerajaan boleh memilih dasar perlindungan kerana minyak sawit sering tidak stabil. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk melindungi minyak sawit secara aktif dan pasif," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata perlindungan dan promosi minyak sawit perlu dilakukan secara aktif melalui sokongan pembiayaan yang diuruskan oleh Badan Pengelola Dana Perkebunan Kelapa Sawit (BPDPKS).
Mengenai cadangan penubuhan BPDPKS, Pambudy menegaskan bahawa ia mesti mempunyai asas yang kukuh dari segi data dan hujah.
Beliau berkata penubuhan BPDPKS adalah kepentingan bersama pihak berkepentingan dalam industri minyak sawit.
Saya melihat bahawa (BPDPKS) adalah keperluan dan sebahagian daripada strategi untuk menghasilkan produk unggul yang berdaya saing," katanya dalam satu perbincangan bertajuk "Memelihara Kelestarian Industri Sawit dalam Kerajaan Baharu", yang diadakan di Jakarta pada 4 Julai.
Beliau berkata penubuhan agensi itu mesti mempunyai asas undang-undang berdasarkan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
Sementara itu, kakitangan komunikasi Persatuan Kelapa Sawit Indonesia (GAPKI), Fenny Sofyan, berkata industri minyak sawit Indonesia menghadapi kempen imej negatif minyak sawit.
Satu daripada cara untuk menangani kempen negatif, katanya adalah dengan mempergiatkan dasar Minyak Sawit Lestari Indonesia (ISPO).
Beliau berharap pentadbiran Prabowo-Gibran akan dapat menjadikan ISPO satu-satunya pensijilan yang sah supaya pasaran dapat menerima sepenuhnya produk minyak sawit Indonesia.
"Penerimaan minyak sawit oleh komuniti mesti berlaku, justeru, ISPO adalah satu nilai untuk pemain industri. Itulah sebabnya dalam kerajaan akan datang, kami berharap akan ada sokongan mengenai perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa. - Gambar prabowosubianto

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.

Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA - Tengku Zafrul
Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.

Kerajaan lulus 1,165 permohonan bagi program pembiayaan TSPKS 2.0
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kelulusan itu melibatkan keluasan 3,378 hektar dan pembiayaan berjumlah RM52.9 juta.

Belanjawan 2025: KPK kemuka dua cadangan perkasa industri sawit
Kementerian Perladangan dan Komoditi mengemukakan dua cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.

Ini antara sorotan utama lawatan PM ke India
Dalam lawatan tiga hari Anwar Ibrahim, beberapa perjanjian dijangka ditandatangani antara India dan Malaysia.

Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.

Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.

Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.

Felda berperanan pastikan sektor sawit negara tidak senasib getah
Felda mempunyai peranan penting dalam memastikan kelestarian industri sawit Malaysia supaya dapat mengelakkan nasib yang menimpa sektor getah negara dan tidak berulang.

Hampir 100 peratus kilang, ladang sawit Malaysia diperakui MSPO - PM Anwar
Malaysia sangat percaya bahawa pengeluaran yang mampan adalah jalan ke hadapan untuk industri minyak sawit.