WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico, lapor The Washington Post pada Sabtu dengan memetik pegawai pertahanan AS, menurut Xinhua.

Laporan itu menyatakan, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth meluluskan arahan berkenaan pada Jumaat.

Pasukan yang dihantar termasuk elemen pasukan tempur briged Stryker dan batalion penerbangan sokongan am yang akan tiba di sepanjang sempadan hampir 3,218.7 kilometer (2,000 batu) dalam beberapa minggu akan datang.

Anggota tentera baharu akan "mengukuhkan dan memperluas operasi keselamatan sempadan semasa bagi menutup sempadan serta melindungi integriti wilayah Amerika Syarikat", menurut Pentagon pada Sabtu.
- BERNAMA