SIAPAKAH naib presiden Amerika Syarikat (AS) sekarang?
Usah risau jika anda tidak tahu jawapan soalan tersebut.
Tinjauan ABC News minggu lalu mendedahkan lebih 40 peratus rakyat AS tidak tahu nama dua calon naib presiden yang bakal bertanding November ini.
Hal ini lumrah memandangkan jawatan naib presiden tidaklah sepopular presiden AS yang disifatkan ramai sebagai antara ‘manusia paling berkuasa di dunia’.
Malah, mantan naib presiden sendiri seperti Andrew Johnson, yang menjadi naib presiden kepada George Washington pada kurun ke-18, menyifatkan jawatan tersebut sebagai ‘jawatan paling tidak penting yang pernah diwujudkan oleh manusia’.
Lebih dahsyat, naib presiden bagi Franklin D Roosevelt, John Nance Garner melabelkan jawatan itu lebih teruk berbanding ‘sebekas air kencing suam’!
Namun, benarkah naib presiden tidak mempunyai kuasa penting dan hanya berfungsi sebagai gandingan presiden semata-mata?
1- Jadi Presiden apabila berlaku kematian atau perletakan jawatan
Sepanjang sejarah AS, lapan orang naib presiden menggantikan Presiden yang meninggal dunia, misalnya Andrew Johnson yang menggantikan Abraham Lincoln dan Lyndon Johnson yang mengambil tempat John F Kennedy.
Seorang naib presiden menggantikan Presiden yang meletakkan jawatan iaitu Gerald Ford yang menggantikan Richard Nixon. Pada tahun 1974, Nixon melepaskan jawatannya berikutan skandal Watergate.
Nyata sekali peranan ini besar dan turut diambil kira oleh calon Presiden yang bertanding.
Hasil tinjauan CNN mendapati sejak 30 tahun lalu, majoriti rakyat Amerika menganggap calon naib presiden yang bertanding layak menggantikan Presiden sekiranya diperlukan.
Faktor ini juga menyebabkan kempen calon Presiden terjejas sekiranya calon naib presiden dilihat terlalu lemah.
Misalnya calon Republikan John McCain yang dikecam selepas gandingannya Sarah Palin sering tampil dengan kenyataan yang menjadi bahan tawa seperti ‘saya boleh nampak Russia dari rumah saya (di Alaska)’.
2- Kongsi pengalaman politik
Ketika bertanding untuk kerusi Presiden pada tahun 1960, John F Kennedy berusia 44 tahun, usia yang muda sebagai calon Presiden.
Bagi meraih sokongan anggota Demokrat terutamanya di selatan AS, Kennedy memilih Lyndon Johnson, ketua Dewan Senat yang lebih berusia dan berpengaruh sebagai calon naib presiden.
Sepanjang pentadbiran Kennedy, Johnson dilihat sebagai penasihat malah berjaya meyakinkan Kennedy melaksanakan misi Apollo untuk menghantar manusia pertama ke Bulan yang tidak dipersetujui pada peringkat awal.
Pendekatan sama dilakukan oleh Barack Obama yang hanya mempunyai pengalaman di Dewan Senat selama lima tahun ketika menjadi calon presiden pada tahun 2008.
Obama memilih tokoh veteran Demokrat - yang juga merupakan jawapan kepada soalan pada awal penulisan ini - Joe Biden sebagai gandingan.
3- Kawal dasar tertentu yang diberi oleh Presiden
Beberapa pengkaji politik termasuk Joel K Goldstein dalam karyanya The Modern American Vice Presidency menamakan Walter Mondale sebagai naib presiden AS yang memberi nafas baru kepada jawatan itu.
Sebagai orang nombor dua bagi Presiden Jimmy Carter dari tahun 1977 sehingga 1981, Mondale menjalankan peranan sebagai penasihat Presiden.
Mondale juga memulakan tradisi makan tengah hari mingguan bersama Presiden dalam membincangkan perkembangan dasar dan isu semasa.
Berlainan pula dengan Dick Cheney yang pernah digelar oleh Presiden ketika itu, George W. Bush sebagai ‘Darth Vader’.
Pengalaman Cheney di Washington dan pendirian konservatifnya dalam aspek ketenteraan meraih kepercayaan Bush untuk ‘mengawal’ dasar luar AS bahkan dilabel ramai pihak sebagai arkitek utama serangan dan pendudukan AS di Iraq.
Regu Bill Clinton-Al Gore dari tahun 1993 sehingga 2001 juga mempunyai dinamik pembahagian dasar. Clinton lebih menumpukan pentadbirannya kepada kemakmuran ekonomi manakala Al Gore menyelia dasar alam sekitar.
Bagaimana pula dengan tahun ini?
Peranan Mike Pence (calon Republikan) dan Tim Kaine (calon Demokrat) sebagai calon naib presiden akan diperhatikan terutama sekali oleh para pengundi.
Lebih-lebih lagi memandangkan Donald Trump bakal menjadi Presiden AS tertua mengangkat sumpah sekiranya menang (70 tahun) dan Hillary Clinton juga tidak jauh di belakang (69 tahun).
Setakat ini, Pence dilihat sebagai naib presiden yang mengimbangi karakter Trump yang celupar dan rawak.
Kaine pula dikatakan menjadi pilihan Clinton kerana pengetahuan dan karismanya yang bersahaja sekaligus mengimbangi penampilan bekas Wanita Pertama yang tampak ‘terlalu tegas’ dan kurang mesra bagi sesetengah pengundi.
Apa pun strategi yang disusun, peranan naib presiden AS masa kini disimpulkan dengan tepat oleh Dan Quayle yang menjadi naib presiden kepada George H.W. Bush pada tahun 1989 hingga 1993:
“Peranan naib presiden sebenarnya apa sahaja yang diinginkan oleh Presiden.”
Nizam Bakeri
Thu Oct 06 2016

Tim Kaine (kiri) dan Mike Pence merupakan calon naib presiden dalam pemilihan November ini - Foto AFP

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

AS Memilih: Joe Biden mahu tumpu perkukuh perpaduan rakyat
Calon Demokrat, Joe Biden yang dilaporkan menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 menyifatkan kemenangan itu sebagai usaha menyatukan rakyat negara itu.

Kamala Harris wanita pertama jadi Naib Presiden AS
Kamala Harris menjadi wanita kulit hitam pertama yang terpilih sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat.

AS Memilih: Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46
Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenang Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.

"Donald harus tangani isu baran, sila bertenang" - Greta Thunberg
Aktivis Alam Sekitar, Greta Thunberg meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bertenang dan menangani sifat barannya.

AS Memilih: Joe Biden mendahului dengan 264 undi elektoral, Trump 214
Selain negeri yang dimenangi Hillary Clinton pada 2016, Biden turut dilapor menang di dua negeri baharu, Wisconsin dan Michigan.

AS Memilih: Pengiraan undi pos di Pennsylvania masih berlangsung
Tinjauan mendapati, pekerja dan pemerhati pusat mengundi dilihat masih bekerja keras dalam proses pengiraan paling panjang di Pilihan Raya Presiden kali ini.

COVID-19 adalah 'penipuan' - Trump
Presiden Donald Trump menggambarkan koronavirus COVID-19 sebagai satu penipuan oleh Parti Demokrat untuk memburukkan pentadbirannya.

Guru di Amerika terima nota - 'ikat tudung di leher dan gantung dirimu'
Seorang guru beragama Islam di sekolah tinggi Georgia mendakwa seseorang meninggalkan sekeping nota tanpa nama di bilik darjah pada Jumaat.

Debat presiden AS pusingan kedua: Apa yang berbeza?
Berbanding pusingan pertama, debat kali ini menampilkan format berlainan dan kedua-dua calon bertembung sengit dalam isu peribadi.

Pentingkah jawatan naib presiden AS atau sekadar 'sebekas air kencing suam'?
Benarkah naib presiden tidak mempunyai kuasa penting dan hanya berfungsi sebagai gandingan presiden semata-mata?