Sebuah pesawat Air China yang dalam penerbangan ke Beijing membuat pendaratan yang tidak dijadualkan di bandar Zhengzhou pada Ahad, selepas seorang penumpang mengancam seorang anak kapal dengan sebatang pen dakwat (fountain pen).
Agensi berita Reuters melaporkan, pihak berkuasa penerbangan awam negara itu sudah mengesahkan kejadian berkenaan.
Dalam satu kenyataan ringkas di laman web rasmi mereka, Agensi Pentadbiran Penerbangan Awam China berkata, seorang penumpang lelaki dalam pesawat Air China 1350, yang masih belum didedahkan identiti, cuba menggunakan pen untuk mengancam dan memaksa petugas kabin.
Tambah kenyataan itu, penumpang dan anak kapal lain dilaporkan selamat.
Pesawat itu telah berlepas dari Changsha, ibu kota wilayah Hunan, pada jam 8.40 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada jam 11 pagi.
Bagaimanapun, pesawat itu telah membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Xinzheng, Zhengzhou, di wilayah Henan, pada jam 9.58 pagi waktu tempatan.
Pihak Air China berkata, pesawat itu membuat pendaratan tersebut atas 'sebab-sebab keselamatan', dan pihak berkuasa penerbangan awam dan polis sedang menguruskan situasi berkenaan.
Agensi
Sun Apr 15 2018

Pesawat itu berlepas dari Changsha, ibu kota wilayah Hunan, pada jam 8.40 pagi dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. - Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kegagalan enjin punca kebakaran, pendaratan cemas Air China di Singapura
Kegagalan mekanikal pada enjin Air China CA403 dipercayai menjadi punca kebakaran sehingga menyebabkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi Singapura, pada Ahad.

Koronavirus: China Eastern Airlines gantung penerbangan ke Amerika Syarikat
Syarikat penerbangan China Eastern Airlines putuskan untuk menggantung semua penerbangan ke dan dari Amerika Syarikat ekoran penularan wabak novel koronavirus.

Pesawat Air China mendarat cemas selepas terima ancaman bom
Satu penerbangan Air China terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Chongqing pada Rabu kerana ancaman bom, lapor agensi berita Xinhua.