WASHINGTON DC:Debat undian elektoral Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditangguhkan.
Ini susulan tindakan kumpulan pro-Presiden Donald Trump menyerbu bangunan Capitol ketika proses itu berlangsung.
Dewan Kongres dan Senat mengadakan sidang berkenaan untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden.
Proses itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan selepas ada kalangan penunjuk perasaan memasuki kawasan larangan di dalam dewan.
Tunjuk perasaan ini juga berlaku selepas Trump berucap di hadapan ribuan penyokong di Washington untuk tidak mengaku kalah.
Biden dalam pada itu menyifatkan tindakan pemprotes itu sebagai satu serangan ke atas kehendak rakyat dan tidak mewakili pendapat warga AS secara keseluruhan.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa Senator Republikan dilaporkan mahu mencabar keputusan pilihan raya di beberapa negeri.
Bagaimanapun usaha itu gagal kerana tiada cukup sokongan.
Astro Awani
Wed Jan 06 2021
Kumpulan pro-Presiden Donald Trump menyerbu bangunan Capitol. -Foto Reuters
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
Terusan Panama: Presiden tegas pertahan kedaulatan
Presiden Panama menegaskan kedaulatan negaranya "tidak boleh dipersoalkan" ketika Trump mendesak agar Washington mengambil semula kawalan Terusan Panama.
RichWorks santuni komuniti, meriahkan kempen Jom Cuci Masjid di Jasin
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama lebih 150 sukarelawan menyertai kempen Jom Cuci Masjid yang berlangsung di Masjid Chin Chin, Jasin.
Bekas pelajar SPM 11A, berhenti jadi pegawai farmasi, kini bangunkan pen eKamus
Pen eKamus mampu mengenal pasti dan memberikan terjemahan lebih daripada 130 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun dan banyak lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global.
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Naik taraf sistem perkhidmatan kerajaan - Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah sistem perkhidmatan kerajaan hendaklah dinaik taraf guna teknologi digital yang lebih cekap dan telus bagi membanteras amalan rasuah, salah guna kuasa.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agong seru kerajaan terus bantu pekebun kecil, penternak, nelayan
Sultan Ibrahim seru kerajaan untuk terus bantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan, serta mengambil tindakan proaktif bagi memperkasa sektor pertanian, komoditi dan rantaian bekalan makanan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah meningkat
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.
Agong seru semua pihak jayakan Kempen Melawat Malaysia 2026
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyeru agar semua pihak perlu berusaha untuk menjayakan Kempen Melawat Malaysia 2026 terutamanya dalam memastikan negara bersih dan selamat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Penyokong Trump serbu Capitol, debat undian elektoral pilihan raya AS ditangguh
Proses itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan selepas ada kalangan penunjuk perasaan memasuki kawasan larangan di dalam dewan.